Lebih 500,000 : Sabah Catat Bilangan Ahli UMNO Tertinggi....Sayangilah UMNO

KOTA KINABALU 30 Mei - Sabah mencatat bilangan keahlian UMNO tertinggi di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan seramai 536,948 anggota.

Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Musa Aman berkata, daripada jumlah yang direkodkan sehingga Februari 2015 itu, 375,667 anggota merupakan pemilih, katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah, di ibu pejabat UMNO negeri di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Musa yang juga Ketua Menteri mahu UMNO Bahagian terus mempergiat sekali gus bergerak lebih proaktif dalam menambah lebih ramai ahli.

"Kerjasama daripada (semua) Ketua Bahagian (amat diperlukan) untuk memastikan kita terus mengaktifkan penambahan ahli UMNO (di Sabah)," katanya.

Mengenai mesyuarat itu, Musa berkata, UMNO Sabah antara lain membincangkan persediaan bagi mengadakan Mesyuarat UMNO Bahagian masing-masing serta program yang akan diadakan pada bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, UMNO Sabah berhasrat untuk menganjurkan aktiviti berbuka puasa di setiap zon seluruh negeri bagi mengeratkan lagi hubungan antara pemimpin dan ahli UMNO di peringkat akar umbi.

"Sabah mempunyai enam zon. Dalam setiap satu zon terdapat empat hingga lima bahagian.

"Oleh itu, kita mahu mana-mana bahagian dalam setiap zon itu (menjadi hos) bagi mengadakan aktiviti berbuka puasa beramai-ramai," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana