JURUJUAL MILIKI 44 SAMAN WARAN TANGKAP DIDENDA RM16,200

Pulau Pinang, 29 Mei- Seorang jurujual didenda RM16,200 setelah lelaki tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jawi ekoran Op Warta yang dilancarkan awal bulan ini.

Lelaki terbabit mengaku bersalah terhadap 44 pertuduhan membabitkan pelbagai kesalahan trafik yang antara lainnya tiada lesen memandu ketika membawa kenderaan.

Lelaki rakyat tempatan itu turut didakwa kerana melanggar lampu merah sehingga membahayakan nyawa orang ramai, tiada cermin sisi pada kenderaan, tidak memakai helmet ketika menunggang motorsikal dan banyak lagi sejak tahun 2007.

Majistret Rashidah Bt. Baharom mengarahkan agar tertuduh dipenjara selama 222 hari kerana gagal membayar denda yang ditetapkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana