Konflik dalam PAS: Reaksi Nasrudin pada ugutan Mat Sabu

Panglima perang Haji Hadi, Nasrudin Hassan Tantawi membuat kenyataan terbuka di dalam facebooknya memberi amaran kepada pimpinan PAS Pusat supaya tidak terburu-buru mengambil tindakan untuk menghukum Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah.
Reaksi keras itu berikutan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda Suhaizat Kaiat supaya tindakan disiplin dikenakan pada Yusni yang berkeras mahu memboikot PRK Permatang Pauh.
Nasrudin yang juga AJK PAS Pusat berkata tindakan yang diambil Yusni perlu diselidik dengan teliti terlebih dahulu sama ada betul-betul melanggar disiplin parti.

Malah Nasrudin menegaskan beliau tidak akan berpeluk tubuh jika tindakan terhadap Yusni diambil secara tergesa-gesa tanpa sebarang siasatan terperinci.

“Jangan terburu-buru mahu menghukum anak buah sendiri sedang asas tindakan mereka adalah kerana sayang kepada jemaah dan (berniat) memelihara maruah pucuk pimpinan.

“Isu yang timbul mesti terlebih dahulu diusahakan untuk selesai dengan baik.

“Jika anda terburu-buru mahu menghukumnya, saya tidak lengah untuk mempertahankannya,” tegas mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu.

Nasrudin antara calon popular untuk mengisi jawatan Naib Presiden PAS dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Beliau dilihat 'orang presiden' kerana selalu ke depan mempertahankan kepimpinan ulama apabila diserang dari dalam atau luar parti.

Nasrudin sering bergandingan dengan Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang merupakan calon popular untuk jawatan Ketua Pemuda PAS.

Sebelum ini Mat Sabu yang juga Pengarah Induk Jentera Pilihan Raya PAS Pusat, berkata siasatan dan tindakan tegas akan diambil oleh Jawatankuasa PAS Pusat terhadap Yusni dalam masa terdekat.

Malah Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat juga dilihat tidak cuba mempertahankan rakan seperjuangannya apabila turut menyokong Mat Sabu supaya tindakan disiplin dikenakan ke atas Yusni.

“Timbalan Presiden (Mohamad Sabu) akan membawanya dalam mesyuarat akan datang. Pemuda akan menyokong,” kata Suhaizan.

Perkembangan itu kurang disenangi Nasrudin yang hairan keputusan mengambil tindakan disiplin terhadap Yusni dibuat terlalu cepat, berbeza dengan kes-kes salah laku lain yang dilaporkan sebelum ini.

“Terlalu banyak kes dakwaan salah laku tindakan dalam PAS tetapi sukar untuk sampai ke pintu tindakan disiplin kerana terpaksa melalui pelbagai peringkat perbincangan, siasatan dan penelitian.

“Namun (dalam) kes Pemuda PAS Pulau Pinang, begitu pantas ketuanya mahu diseret ke Jawatan Kuasa Disiplin untuk diambil tindakan.

“Lihat dulu apakah asas tindakan DPPN Pulau Pinang dan selesaikan dengan baik,” pinta Nasrudin yang juga merupakan Ahli Parlimen PAS Temerloh.

Yusni dalam satu kenyataan pada 26 April berkata semua jentera dan petugas Pemuda PAS Pulau Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang kempen PRK Permatang Pauh berlangsung.

Tindakan itu dilakukan kerana kecewa dengan sikap tidak peduli dan membisu Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang terhadap desakan Pemuda PAS negeri agar memohon maaf berhubung kenyataan yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

AMK Pulau Pinang diberi tempoh sehingga hari penamaan calon 25 April lalu untuk memohon maaf tetapi memandang remeh desakan itu dan langsung tidak mengambil sebarang tinndakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana