Barua Politik Malaysia Upah Majalah Indonesia ?

Baru-baru heboh diberitakan dalam media maya mengenai laporan sebuah majalah Indonesia yang mengeluarkan artikel menceritakan gaya hidup mewah isteri Perdana Menteri Malaysia . Perihal mengenai kemewahan pemimpin-pemimpin kerajaan BN dan kaum keluarga mereka bukan lah sesuatu yang baru dimainkan . Perdana Menteri sebelum Najib Razak iaitu Tun Abdullah Badawi dan Tun Mahathir juga diberitakan mengenai perkara yang sama.

Sebagai contoh anak kepada salah seorang mantan Perdana Menteri yang turut difitnah pihak pembangkang kerana mempunyai gaya hidup yang mewah. Oleh itu, isu mewah ini lebih kepada permainan politik yang biasa pembangkang bagi meraih sokongan . Perkara ini dilihat sengaja dibangkitkan dikala serangan bertalu-talu dari dalam dan luar yang dilakukan terhadap PM . Rosmah sebagai isteri turut menerima tempias , sama seperti tempias serangan yang terpaksa dihadapi ahli keluarga mantap PM.

Antara yang dibangkitkan dalam artikel berkenaan ialah penggunaan beg tangan berjenama, barang kemas dan jam tangan . Selain itu beberapa isu yang sebelum ini telah dijawab juga dikitar semula . Isu yang dibangkitkan adalah isu lapuk dan persoalan-persoalan sengaja diulang-tayang bagi menimbulkan persepsi yang salah di kalangan rakyat. Apabila majalah "luar negara" mengeluarkan artikel berkenaan ia seolah-olah sesuatu yang besar walaupun isu berkenaan adalalah basi dan telah dijelaskan.

Artikel yang dikeluarkan majalah Indonesia itu dilihat seperti sesuatu yang disengajakan , ia mungkin salah satu modus operandi pihak yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri samada dari dalam parti atau luar. Isu kemewahan yang dibangkitkan itu dilihat agak "bias" sedangkan persepsi kemewahan yang serupa juga boleh ditujukan kepada isteri kepada seorang pemimpin pembangkang di utara tanah air . Apa yang perlu dilakukan hanyalah mengambil gambar beg berjenama yang digunakan, aksesori seperti jam tangan dan barang kemas dan 'viral kan di media sosial.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana