Padan Mukanya....Editor The Malaysian Insider ditahan Akta Hasutan

 Polis menahan tiga editor kanan portal The Malaysian Insider, (TMI) di pejabat portal berita itu di Petaling Jaya, petang tadi.

Tangkapan jam 5.45 petang oleh Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman turut disertai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, (SKMM) dilakukan di pejabat The Edge Communications Sdn Bhd di Mutiara Damansara.

TMI fitnahMereka yang ditahan ialah Lionel Andrew Morais anak lelaki M. Peter Percy, (Editor TMI Bahasa Inggeris), Amin Shah Iskandar, (Editor TMI Bahasa Melayu) dan Zulkifli Sulong, (Editor/Wartawan TMI).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan itu.

“Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong ditahan pada jam 5.45 petang mengikut Akta Hasutan 1948.

“Komputer riba dan telefon bimbit turut dirampas,” katanya.

Penahanan mereka dibuat susulan penyiaran berita penolakan hudud oleh Majlis Raja-Raja (MRR) namun kemudiannya dinafikan MRR sekaligus menyebabkan pelbagai pihak mendesak tindakan keras diambil terhadap portal pro pembangkang itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana