Keramat Mall tidak lagi sunyi...Jangan Dengar Suara PR Untuk Menghasut Peniaga

Kita fahamlah siapa yang kata Kramat mall kurang maju..maklumlah apa saja kerajaan lakukan untuk rakyat akan diperlekeh. kerja puak tu apa? bangkang sampai masuk longkang.

Pusat Transfomasi Bandar mini (Mini UTC) yang dibuka di Keramat Mall menjadi tumpuan orang ramai di kawasan itu.
Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Keramat Mall kurang pengunjung dan peniaga rugi tidak belaku.

Peniaga-peniaga yang ditemui, kini boleh menarik nafas lega kerana Keramat Mall mula mendapat perhatian pengunjung dan perniagaan mereka semakin berkembang.

Seorang pemilik kedai jahit, Amir Hasan, 52, berkata, sejak kerja-kerja pengubahsuaian berada di peringkat akhir dan mini UTC ditubuhkan di kompleks itu, Keramat Mall tidak lagi sepi.

Justeru beliau bersetuju jika perancangan memindahkan pasar basah dari lokasi lama ke Keramat Mall dilakukan kerana ia mampu menarik lebih ramai pengunjung ke kompleks berkenaan.

“Jadi dia buat Pasar Basah di bawah ini memang boleh, kalau pindah pasar basah ke mari memang ramai pengunjung di sini kerana kompleks ini dibina untuk memindahkan peniaga dari pasar lama,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Abdul Halim Husin, 43, mengakui operasi perniagaan di tingkat satu kompleks itu semakin baik selepas kewujudkan mini UTC.

“Ini memang tumpuan orang ramai tapi mungkin salah satu sebab tidak diiklankan lagi dan diuar-uarkan kerana sepatutnya ada majlis perasmian tetapi belum dibuat lagi buat masa ini jadi banyak orang tidak mengetahui tempat ini,” katanya.

Bagi peniaga barang kemas pula, Zaraini Samad, 41, beliau tidak ada masalah sekiranya pasar basah ditempatkan di bahagian tempat letak kereta di situ.

“Kalau mengatakan tidak ada pengunjung itu tidak benar, sememangnya pengunjung lebih selesa di sini daripada pasar keramat yang lama dengan kemudahan tandas, tempat solat, dan kebersihan memandangkan suasana lebih selesa,” katanya.

Mini UTC yang diubahsuai dari lokasi pasar basah ketika Keramat Mall mula dibuka dulu menempatkan 10 agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), balai polis dan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Sementara lokasi pasar basah yang baru akan dibina di lantai parkir di tingkat bawah.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL