Kejayaan Demo Semalam Hanya Satu – Menyusahkan Orang

Kuala Lumpur, terutama di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, adalah harinya rakyat membanjiri kompleks-kompleks membeli belah untuk berbelanja, maklum, 25hb ramai orang dah dapat gaji terutama yang kerja kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Kompleks membeli belah pun, ambik kesempatan tawar potongan mega mencecah 70%, seperti di Sogo – sekalipun barang yang diskaun 70% tu, siapa pun tak minat nak beli (sebaliknya, New Arrival disebelah), tapi itulah strategi pemasaran namanya.

Pendek kata, semalam sepatutnya hari yang ideal untuk berurus niaga. Rakyat pun boleh rileks bersama keluarga setelah 5 hari bekerja.

Tapi, itu jugalah masanya yang dipilih Pakatan untuk berdemo, lalu atas jalan raya sehingga menyusahkan rakyat, termasuk warga asing yang berkerja di negara ini.

Demo semalam, dari segala segi yang pembangkang harapkan, adalah satu kegagalan kerana sudahlah jumlah peserta begitu kurang, matlamat kenapa demo diadakan pun, tak satu yang tercapai.

Najib masih Perdana Menteri, Rosmah masih isteri Perdana Menteri, Khalid Abu Bakar masih Ketua Polis Negara, GST akan tetap dilaksanakan 1 April, majlis perkahwinan anak Najib berlangsung tanpa sebarang masalah dan above all, Anwar masih dalam penjara, tak keluar pun lepas demo semalam.

Jadi apa hasilnya demo itu?

Kegagalan demo semalam (selain menyusahkan rakyat), harus digembar gemburkan. Stesen radio pro pembangkang BFM patut buat video parodi, macam hudud hari tu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana