Buruknya Perangai MP PR Ni.....Dewan Rakyat: Usul Hadkan Kuasa KPN Ditolak

KUALA LUMPUR: Hasrat pembangkang untuk menghalang tugas polis menjalankan siasatan berhubung perhimpunan haram #KitaLawan tidak kesampaian apabila Dewan Rakyat menolak usul supaya kuasa Ketua Polis Negara dihadkan.

Menggunakan alasan bahawa kuasa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tertakluk kepada perintah Parlimen, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) mahu wakil rakyat pembangkang dibenarkan hadir persidangan Dewan Rakyat walaupun disiasat pihak berkuasa.

“Saya ingin memohon supaya majlis mesyuarat ini mengarahkan Ketua Polis Negara supaya jangan menahan lebih lama daripada tempoh yang munasabah.

“Kami tidak melarang sebarang tangkapan ikut undang-undang, tapi janganlah apabila didakwa kerana berhimpun tanpa permit, ia dijadikan alasan seolah-olah satu jenayah yang serius, macam membunuh atau melakukan rasuah,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Guan Eng sebelum itu membangkitkan usul yang diluluskan Dewan Rakyat memerintahkan Ketua Polis Negara supaya menjaga jalan-jalan dan lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik selama penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang bersidang.

Bagaimanapun usul Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu ditolak Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kerana alasan yang diberikan adalah diluar konteks.

“Perkara yang dibawa adalah isu berkaitan kuasa polis, tiada kaitan dengan usul supaya tidak halang Ahli Parlimen hadir persidangan,” kata timbalan speaker.

Keputusan itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil rakyat pembangkang hingga menimbulkan kekecohan yang berlarutan sehingga hampir 15 minit.

Turut menyuarakan bantahan dan mencetuskan kekecohan mengenai tindakan polis berhubung perhimpunan #KitaLawan ialah Khalid Samad (PAS-Shah Alam).

“Tak payah hantar polis bersenjata. Kami ni Ahli Parlimen kalau telefon dah cukup, kami akan datang bagi kerjasama,” katanya.

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ditahan pada awal pagi Ahad di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan pada Sabtu lalu.

Turut ditahan dan direman berhubung perhimpunan yang sama ialah Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana