RM1200 pun mahal bagi Rosmah...Jahatnya Malaysia kini Buat Fitnah

Selepas mendengar dan meneliti ucapan DS Rosmah yang hangat diperkatakan baru-baru ini, barulah saya mendapat gambaran sebenar apa yang diperkatakan oleh DSR.

"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1200.. amboi mahalnya. Kalau dekat kedai different charge, ni home service"

1. "Kalau saya nak cat" bermakna DSR baru tanya harga. Dan harga itu adalah mahal bagi beliau. Biasanya kalau dah mahal, tentulah kita tak ambil service tersebut.

2. Kalau DSR jenis orang yang boros dan duitnya berpuluh juta seperti yang selalu dituduh, tak mungkin RM1200 pun dia terasa mahal.

3. Kita harus teliti apa sebenarnya yang DSR ingin sampaikan - kerajaan perlu memantau golongan peniaga tamak yang membuat untung berlipat kali ganda dan mengambil kesempatan ke atas pengguna. Tidakkah ini apa yang kita semua mahu?

4. Portal Malaysiakini yg memainkan cerita ini lebih rendah martabatnya dari majalah gossip artis.
Setiap kali ada berita mengenai DSR, mereka akan highlight dan pusing untuk jadi lebih sensasi.

5. Ini kerana selain dapat memburukkan nama DS Najib, Malaysiakini juga tahu cerita fitnah sensasi sebegini sangat digemari orang kita dan akan diviralkan secara sukarela oleh kita semua. Maka selain merosakkan imej DS Najib, mereka juga berjaya merosakkan pemikiran dan akhlak kita semua.

"Dan fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan" - Al Baqarah, 91

"Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun dan menganggapnya remeh, padahal dalam padanganan Allah itu soal besar" - An Nur, 15

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana