PM jelaskan sebab dia saman Harakahdaily

Sudah jadi trend akhir-akhir ini media pembangkang menyerang pemimpin kerajaan ikut suka atau 'hentam keromo'.
Sebelum ini portal Malaysiakini sudah kena saman dengan Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan yang terbaru media milik parti PAS Harakahdaily.

Pada Jumaat di Sri Aman Sarawak, Najib Razak berkata, menjadi hak beliau untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media PAS itu bagi mempertahankan diri dan keluarganya.

"Oleh kerana mereka telah memfitnah (keluarga saya), saya perlu saman mereka atau meminta mereka menarik balik apa yang mereka katakan dalam Harakah," ujar beliau yang menjawab soalan pemberita.

"Apa yang dilaporkan dalam Harakah adalah fitnah dan tidak benar sama sekali. Mereka tidak menunjukkan bukti. Jadi ia adalah hak saya untuk mempertahankan diri dan keluarga saya," tegas beliau.

Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Pada Khamis peguam Najib menghantar surat tuntutan bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakub.

Tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi berikutan fitnah dibuat Harakah dalam laporan bertajuk, ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?, lapor Utusan Malaysia.

Dalam artikel itu turut memetik laporan bertajuk ‘Well Connected at Home, Young Malaysia Has an Appetite for New York’ yang disiarkan dalam akhbar The New York Times bertarikh 8 Februari 2015 yang ditulis oleh Louise Story dan Stephanie Sual.

Artikel berkenaan turut mendedahkan dakwaan urusniaga pembelian kondominium mewah oleh anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz yang dikatakan menggunakan dana yang tidak didedahkan sumbernya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana