KISAH BENAR.....KEJAMNYA KERAJAAN.!! ANWAR DIBERI LAYANAN VIP DALAM PENJARA.!!

Anwar Tak Sepatutnya Dapat Keistimewaan Dalam Penjara

BUKAN rahsia bahawa sel penjara Anwar ketika dipenjarakan kali pertama dulu, tak macam sel penjara banduan lain. Selain ada perpustakaan mini, khabarnya Anwar juga dapat seorang pembantu khas dari kalangan banduan bernama Rashid.

Dahlah duduk sorang-sorang, tak bercampur dengan orang lain.

Rumah majoriti rakyat Malaysia ini pun tidak ada perpustakaan mini, tapi bilik penjara Anwar ada. Dahsyat tak dahsyat. Mulut lancar tuduh kerajaan zalim tapi dia sendiri dapat banyak keistimewaan yang diberikan kerajaan waima dalam penjara.

Kalau alasannya waktu itu dia bekas Timbalan Perdana Menteri maka patut dapat keistimewaan tersebut, kita boleh terima tapi sekarang dia bekas Ketua Pembangkang, tak sepatutnya dapat keistimewaan macam itu lagi.

Penulis rasa, 6 tahun dipenjarakan dulu tidak menginsafkan Anwar sebab itu bila keluar, dia buat hal lagi. Mana nak insaf, nama saja duduk penjara tapi tak macam duduk dalam penjara, ada privasi apa bagai. Penjara sepatutnya tempat menghukum bukan ‘memanjakan’ orang.

Sepanjang duduk di luar, dah banyak kerosakan Anwar buat. Perpecahan yang semakin melebar antara kaum dan agama di negara kita sekarang, antara lain, dialah puncanya. Semuanya sebab apa? Sebab politik, sebab nak populariti.

Jadi tak selayaknya dah dihukum masuk penjara pun mesti nak dapat keistimewaan. Negara ini bukan Colombia atau Peru dimana ketua-ketua kartel yang dipenjarakan boleh hidup mewah seolah-olah duduk di luar?

Lagipun, hanya membazirkan wang rakyat untuk sediakan segala keistimewaan bagi pesalah seks yang telah disabitkan macam dia.

Anwarkan pejuang keadilan. Tak adillah sementara banduan lain menderita, tidur bersesak-sesak dan sebagainya dalam penjara, dia seronok-seronok dalam itu. Inilah masanya nak tengok sejauh mana pejuang keadilannya sangat tu.

Pun begitu, mungkin ada pengecualian dari segi makanan sebab umur macam sekarang, mudah dapat sakit. Alangkah dulu pun tak sakit mengaku sakit juga, sekarang dah dekat 70, lagilah macam-macam sakit boleh datang. Begitupun dengan syarat keluarga dia tanggung semua itu, bukan rakyat.

BEKAS WARDEN BONGKAR KETAKSUBAN ANWAR KETIKA DALAM PENJARA (1994-2004)

BETUL ke? Ketika dipenjarakan atas kesalahan rasuah dulu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan layanan sedikit berbeza daripada banduan lain dan ditempatkan dalam sel secara berseorangan.

Begitulah cerita yang dibaca daripada petikan skrin aplikasi bual yang tersebar hari ini apabila seorang didakwa bekas warden penjara mendedahkan kisah bagaimana dia menjaga bekas Timbalan Perdana Menteri itu,warden berkenaan dikatakan menjaga Anwar dari tahun 1999 hingga 2004 selama lima tahun.
“Tengkok tak sakit, buat akal sakit, pinggang tak sakit buat akal sakit,” katanya dalam perbualan itu.

Antara perkara menarik perhatian ialah apabila, warden itu mendakwa makanan untuk Anwar akan dimasak oleh kakitangan penjara dan ia perlu dirasa terlebih dahulu oleh pegawai atasan.
“Macam mana boleh cerita dia kena racun arsenik.
“Sepatutnya pegawai atasan sudah kena racun dulu, sebab dicuba depan dia setiap hari,” katanya.

Kalau yang itu, mungkin ia mengelakkan cubaan Anwar diracun ketika di dalam penjara itupun sebelum itu ada juga Anwar mendakwa kononnya diracun arsenik.

Tidak diketahui kesahihan petikan skrin berkenaan yang tersebar tetapi ia kini sudah menjadi viral di laman media sosial.
Semalam Anwar sudah pun memulakan hukuman penjara lima tahunnya atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang ditetapkan Mahkamah Rayuan pada Mac 2014 lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL