Awas... Calon Bebas ahli BN di DUN Chempaka akan kena tindakan disiplin

Mana-mana ahli dari komponen Barisan Nasional (BN) yang berhasrat hendak bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka 22 Mac ini boleh melupakan hasrat itu jika tidak mahu kena tindakan disiplin.

Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata anggota parti harus akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh pucuk pimpinan untuk tidak meletakkan calon bertanding pada PRK berkenaan.

BN baru-baru ini mengumumkan tidak akan bertanding pada PRK DUN Chempaka pada 22 Mac untuk memberi fokus kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di Kelantan serta membantu mangsa banjir di negeri itu, demi perpaduan ummah.

Mengulas mengenai tohmahan segelintir pihak yang mendakwa BN takut bertanding di kubu kuat PAS itu, Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan sekali lagi menegaskan perpaduan ummah perlu diutamakan berbanding menambah bilangan kerusi dalam DUN.

"Itu sebabnya kita tak bertanding (mahu ummah bersatu). Lepas banjir ni kita redakan (ketegangan), kita dah ada perkara yang kita buat bersama (antara kerajaan persekutuan dan negeri) dan kita fokus kepada kepentingan rakyat.

"Ada perkara-perkara yang kita boleh berbeza pendapat tapi ada perkara-perkara yang kita harus (duduk) bersama dan kita harap ada titik pertemuan dalam hal-hal yang penting untuk agama, bangsa dan negara," katanya.

Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana