Apa Rakyat Tak Berpuashatikan Lagi....PM : Bayaran Perubatan di Malaysia Termurah di Dunia

SRI AMAN 27 Feb - Hospital dan klinik kerajaan di Malaysia mengenakan bayaran perubatan dan kesihatan yang termurah di dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, malah mengenakan bayaran terendah di dunia kepada pelanggan.

"Apabila menjadi pesakit luar dan berjumpa dengan doktor, pelanggan hanya perlu membayar RM1 manakala bayaran RM5 dikenakan jika berjumpa dengan doktor pakar. Ubat-ubatan pula diberi secara percuma.

"Tidak ada sistem kesihatan lain di dunia yang mengenakan bayaran yang sebegini rendah. Secara keseluruhannya, subsidi kesihatan di Malaysia mencecah 98 peratus, maknanya 98 peratus kos kesihatan bagi setiap pesakit ditanggung oleh kerajaan, cuma satu atau dua peratus sahaja dikenakan bayaran," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis peletakan batu asas Hospital Pakar Minor Sri Aman di sini, hari ini.

"Ini menunjukkan bahawa sistem kesihatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia. Malah, kalau kita buat analisis antara kos dan perkhidmatan yang disediakan, saya berani mengatakan sistem kesihatan di Malaysia adalah yang terbaik di dunia," katanya.

Menurut Najib, Malaysia disenaraikan sebagai ketiga terbaik daripada 24 negara di dunia dalam penyediaan kemudahan kesihatan.

Sementara itu, Najib berkata pembinaan hospital baharu Sri Aman yang dijangka siap pada 2018 sekali lagi membuktikan kerajaan menepati janjinya kepada rakyat.

Katanya, sejumlah RM12 juta dibelanjakan untuk memperoleh tapak dan kerja pembersihan tapak serta anggaran RM150 juta untuk pembinaan struktur bangunan hospital berkenaan.

Beliau berkata, apabila siap kelak hospital baharu itu akan dilengkapi dengan 108 katil dan menyediakan pelbagai kemudahan rawatan pakar seperti bilik pembedahan, hemodialisis, radioterapi sekali gus merupakan lonjakan daripada segi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di kawasan Sri Aman.

"Ini merupakan bukti usaha kerajaan terus membela nasib rakyat dan memberi keutamaan yang tinggi sekalipun di kawasan luar bandar.

"Pembinaan hospital dan klinik termasuk Klinik 1Malaysia, kemudahan pendidikan dan sebagainya akan terus dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan Sarawak.

"Memang masih ada kekurangan, saya tidak nafikan dan banyak cabaran tetapi kita tetap akan memberi dengan membina hospital tambahan dan baharu serta dilengkapi dengan doktor-doktor pakar," katanya.

Menurut Najib, disebabkan usaha memujuk doktor-doktor pakar untuk berkhidmat di hospital luar bandar di negeri ini merupakan cabaran yang amat besar, justeru kerajaan akan menyediakan insentif khas kepada mereka.

"Perkara ini sedang kita fikirkan kerana kita mahu hospital-hospital disediakan dengan doktor-doktor pakar yang diperlukan," katanya.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyampaikan wang ihsan kepada 18 mangsa banjir dari Rumah Lembu, Entulang, Skrang Engkilili dan Nanga Tebat, Sri Aman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana