Pas VS Dap… Drama Perang Memualkan Yang Akhirnya “Berpelukan”

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, rakyat sudah bosan dan meluat dengan sandiwara politik Pas-Dap.
Ini katanya, perbalahan dan perang dingin antara Pas-Dap berhubung sesuatu isu sekadar drama yang sengaja dipentaskan untuk menarik perhatian rakyat.

“Cerita Pas dan Dap berbalah, kata mengata sesama pemimpin mereka sekadar lakonan dan bakal berakhir tanpa sebarang keputusan konkrit,” tegasnya dalam entri terbaru umnobahagiancheras.blogspot.com.Beliau menyifatkan drama Pas-Dap sebagai sesuatu yang menjijikkan yang telah menimbulkan rasa meluat rakyat terhadap kedua parti itu.
Katanya, isu gereja, kalimah Allah, kekejaman Israel di Palestin, isu arak, transgender dan terbaru pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuktikan lakonan pembangkang.
Katanya, pemimpin Pas daripada segenap peringkat termasuk Dewan Ulama kecam Dap tetapi kesudahannya isu itu berakhir dengan mereka kembali ‘berpelukan’.
“Dalam isu PBT, pemimpin Pas kecam Dap dan Lim Guan Eng seolah-olah  parti itu (Pas) akan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang turut disertai PKR,” katanya.

“Pas bukan main garang marahkan Dap, pemimpin Dap pula hentam Pas, kita lihat seolah-olah perang besar berlaku, tetapi sebenarnya itu sekadar lakonan yang sengaja direka.
Syed Ali berkata pemimjn  Pas tidak berani untuk bertindak lebih jauh terhadap Dap selain sekadar membuat kenyataan menerusi akhbar.“Jika Pas berani dan ada maruah, sudah lama Pas tinggalkan PR kerana tidak senang dengan Dap,” tegasnya lagi.Selama ini katanya, Dap telah banyak kali menghina Pas dan umat Islam di negara ini tetapi parti itu tetap berada dalam PR.

Tidur sebantal dalam satu selimut

Beliau mengambil contoh bagaimana Lim Gun Eng brani mengecam keras kerajaan Pas Kelantan yang dituduh gagal menangani masalah banjir di negeri tesrebut baru-baru ini.
“Tetapi apa yang Pas boleh buat ?” soalnya.
“Sebelum ini pun Pas  hentam  Dap atas beberapa isu, tetapi apa kesudahannya, mereka masih juga tidur sebantal dalam satu selimut.
Sehubungan itu katanya, rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan lakonan jijik Pas-Dap kerana itu semua perangsaraf politik pembangkang.
Tambah beliau lagi , Pas hanya bergantung harap kepada Dap dan PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengekalkan kuasa politik.
Oleh sebab itu katanya, Pas hanya berani mengecam pemimpin Dap berhubung isu pilihan raya PBT dan tidak lebih daripada itu.
Tambah beliau, Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menolak sistem pilihan raya PBT kerana bimbang masa depan orang Melayu sehingga menimbulkan kemarahan Dap.
“Saya percaya, Pas akhirnya akan tunduk kepada Dap dan tidak berani berbuat apa-apa, inilah drama paling jijik dan melucukan,” ujarnya.
Menurut beliau, jika Pas berpegang kepada prinsip dan perjuangan orang Melayu, Pas sudah boleh meninggalkan PR.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang menyifatkan tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mencabar Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng untuk berdebat secara terbuka dalam isu pilihan raya PBT tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Menurut pemerhatiannya, perkara ini sudah menjadi suatu perkara peribadi.
“Sebagai pemimpin, mereka harus berfikir apa yang terbaik untuk rakyat,” ujarnya pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam.
Sebelum ini, Guan Eng telah mendakwa Mustafa tidak jujur ketika membuat kenyataan mengenai pilihan raya PBT.
Khalid yang bersetuju dengan pelaksanaan PBT bagaimanapun menegaskan, ia haruslah dilakukan dengan cara yang betul.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana