Latheefa Koya Anggap Hadi Awang Karut?

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Latheefa Koya secara terbuka mempertahankan pendirian DAP dan menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Latheefa berkata, dakwaan Abdul Hadi dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa pilihan raya itu jika diadakan boleh mengundang tragedi 13 Mei berulang sebagai mengarut.

“Sangat mengarut menyatakan pilihan raya PBT itu boleh menyebabkan polarisasi kaum dan perpecahan . Mereka yang menyatakan ini jelas mempunyai agenda tersembunyi,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Latheefa berkata, rakyat negara ini tidak lagi melihat antara satu sama lain melalui kanta bangsa dan agama sebaliknya .melihat mereka sebagai rakyat Malaysia.

Beliau mendakwa, mereka yang berkata demikian adalah ahli politik yang berfikiran sempit dan mementingkan diri kerana mahu terus mengekalkan tentang mitos perkauman.

“Ini adalah satu penghinaan kepada integriti dan kebijaksanaan pengundi Malaysia,” dakwanya. -Mynewshub.cc

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL