KPN : Siasat Pemilik Twitter Persenda Tragedi MH370...Habislah Kau Kali Ini

KUALA LUMPUR 30 Jan - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Twitter yang mempersendakan tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, dengan mendakwa ia bukannya kemalangan.

Khalid melalui laman Twitternya meminta Pusat Tindakan Siasatan Siber polis (CIRC) untuk mengesan dan menyiasat pemilik akaun 'Fazel' yang membalas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Twitternya @NajibRazak yang melahirkan rasa simpati kepada keluarga mangsa MH370 berikutan pengumuman khas oleh Jabatan Penerbangan Awam.

"PCIRC@PDRMsia Sila kesan dan siasat 'Fazel' di bawah ini," katanya.

Khalid juga memaparkan gambar di laman Twitternya terhadap identiti dan kenyataan 'Fazel' yang membalas kenyataan Perdana Menteri di twitter @NajibRazak.
Semalam kerajaan Malaysia mengisytiharkan kehilangan Penerbangan Malaysia MH370 sebagai nahas dan semua 239 penumpang dan anak kapal dianggap terkorban.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Sebanyak 153 orang daripada penumpang adalah warga China; 38 warga Malaysia; tujuh warga Indonesia dan enam warga Australia.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui biarpun selepas misi mencari besar-besaran digerakkan di selatan Lautan Hindi, tempat ia dipercayai terjatuh selepas melencong daripada laluan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana