Ini antara saya dengan Guan Eng...pemimpin DAP lain diam

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, cabaran bersemuka dengan Lim Guan Eng masih terbuka walaupun pemimpin-pemimpin DAP cuba mempertahankan Setiausaha Agung mereka.
Mustafa berkata, ini isu antara beliau dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu dan tiada kena mengena dengan orang lain.

“Asasnya kerana Guan Eng menuduh saya tidak jujur. Tidak ada kaitan dengan perkara lain. Pemimpin DAP (yang lain) elok diam atau jangan masuk campur,” katanya kepada Agendadaily ketika dihubungi Jumaat.

Menurut Mustafa, beliau kena mempertahankan keadaan sebenar berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) yang memang tidak dibincangkan dengan PAS sebelum dibawa pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“ Guan Eng menuduh saya tidak jujur sedangkan hakikatnya beliau tidak bercakap benar dalam isu itu,” katanya.

Mengenai cadangan Zairil Khir Johari supaya isu itu dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR), Mustafa berkata, beliau tidak keberatan jika perkara itu dibawa ke mesyuarat.

Selain Zairil, Anthony Loke turut mengecam Mustafa kerana kedudukan Setiausaha Agung PAS yang dilantik Presiden parti tidak layak mencabar Guan Eng berdebat atau bersemuka.

Sesetengah pihak berpendapat pemimpin-pemimpin DAP kini berusaha menebus malu Guan Eng yang dianggap sesetengah penentangan politiknya sebagai ‘tokong’ yang tidak patut dicabar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana