GEMPAR.....MALAYSIAKINI DIHARAMKAN BUAT LIPUTAN BERITA !!

PORTA PALING RASIS DAN KUAT MEMFITNAH.!!

Tahniah kepada Pegawai KDN yang tidak membenarkan portal pro-pembangkang, SorosKini MalaysiaKini membuat liputan majlis KDN dan DS Ahmad Zahid Hamidi.

Dan di dalam isu larangan ini pun portal pro-pembangkang itu masih mahu spin. Anda baca tajuk laporan SorosKini MalaysiaKini itu. Anda juga baca laporan portal pro-pembangkang itu :
Kementerian Dalam Negeri tidak membenarkan Malaysiakini membuat liputan majlis yang berkaitan dengannya dan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pegawai menteri berkenaan tidak membenarkan wartawan Malaysiakini menghadiri satu majlisnya pagi ini, dengan mendakwa ia tidak dijemput kerana laporannya berat sebelah dan memutarbelit laporan.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu pihak kerajaan melarang Malaysiakini membuat liputan acaranya.

Pada hari Isnin, Pejabat Perdana Menteri juga tidak membenarkan Malaysiakini membuat liputan acara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Spin dan memutarbelitkan berita adalah modus operandi dan menu utama portal pro-pembangkang itu. Dan ianya akan dihidangkan kepada pembaca yang gemarkan sesuatu yang sensasi dan panas.

Malah, ruang komentar portal itu juga menjadi lubuk untuk anonymous menabur fitnah dan memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan BN.

Kita semua berharap agar lebih ramai lagi pihak yang akan melarang portal pro-pembangkang ini daripada membuat liputan program mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana