Debat isu pilihan raya PBT, DAP dakwa PAS cuba 'bakar jambatan' hubungan dalam Pakatan

SHAH ALAM: DAP mendakwa PAS cuba 'membakar jambatan' hubungan yang terjalin antara kedua parti berkenaan susulan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam yang menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan rakan sejawatannya daripada DAP, Lim Guan Eng.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menyifatkan tindakan Mustafa itu seolah-olah menganggap DAP sebagai musuh politik dan bukannya rakan sekutu dalam gagasan yang sama.

"Pendekatan yang diambil Mustafa untuk mencabar setiausaha agung DAP berdebat seolah-olah ingin 'membakar jambatan' dengan DAP dan menganggap DAP sebagai musuh politik PAS dan bukannya rakan sekutu dalam PR.

"Adakah ini taktik permulaan untuk memecahkan PR dari dalam? Adakah cabaran beliau mewakili pendirian rasmi PAS?" soal Loke dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, berbanding berdebat, isu yang membelenggu kedua parti berkenaan iaitu isu pilhan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan hudud, wajar dibincangkan dan diselesaikan dalam mesyuarat dalaman.

"Bukankah forum dalam Majlis Pimpinan Tertinggi PR lebih sesuai berbanding debat, memandangkan isu yang timbul melibatkan pendirian parti masing-masing dan bukannya soal individu?

"Ini perlu diselesaikan dalam mesyuarat bersama dan debat merupakan pilihan terakhir untuk membincangkan isu tersebut," katanya selain turut meminta Mustafa untuk menasihati pimpinan PAS supaya menghadiri mesyuarat PR daripada mencabar diadakan debat terbuka.

Ahli Parlimen Seremban itu juga mempertikaikan sikap PAS mencabar rakan sekutu dalam PR tapi tidak mencabar lawan politik sebenar mereka, Umno.

"Pihak DAP berasa amat tercabar oleh cabaran debat beliau kerana setahu saya beliau tidak pernah mencabar Umno sekalipun untuk berdebat tetapi memilih untuk mencabar DAP," katanya.

Loke mengulangi pendirian DAP yang usaha kerajaan negeri Pulau Pinang mengembalikan pilihan raya PBT selari dengan Dasar Bersama PR yang dipersetujui ketiga-tiga parti.

"Ini dapat dibuktikan dengan amat jelas melalui ayat yang tertera dalam Bab Demokrasi Telus dan Tulen, Dasar Bersama PR yang berbunyi: 'Mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan sistem penyampaian dan menjamin ketelusan di semua peringkat secara demokratik'.

"Bukankah usaha memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan selari dengan dasar mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan?" soal beliau lagi.

Beliau menambah, PAS perlu komited dan patuh kepada Dasar Bersama PR yang turut dimeterai presiden PAS sendiri.

"Amat tidak bertanggungjawab sekiranya setiausaha agung PAS menggunakan isu pilihan raya kerajaan tempatan untuk menyerang DAP, kononnya kami juga melaksanakan sesuatu yang bertentangan dengan Dasar Bersama PR," katanya.

Semalam, Mustafa mencabar Lim berdebat secara terbuka dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan dan hudud.

Loke menegaskan, Mustafa tidak boleh menyamakan isu hudud dengan pilihan raya PBT kerana DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hudud sejak hari pertama PR ditubuhkan dan tiada satu perkataan pun dalam Dasar Bersama PR yang menyentuh berkenaan hudud.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Teresa Kok juga menggesa pertelingkahan kedua-dua parti diselesaikan dalam satu perjumpaan yang dihadiri pucuk pimpinan kedua-dua parti.

"Lebih baik berjumpa dan jangan teruskan kritikan menerusi media," ujarnya ringkas kepada Antarapos.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana