PM : Pengurusan Banjir di Kemaman Capai Tahap Terbaik

CHUKAI 31 Dis - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuju pengurusan banjir daerah Kemaman yang mencapai tahap piawaian emas iaitu satu tahap yang tinggi dan terbaik.

Beliau turut menyeru agar kawasan-kawasan lain yang dilanda bencana banjir menjadikan Kemaman sebagao model bagi memastikan masalah bencana alam ini dapat ditangani dengan cekap.

Najib berkata demikian selepas mendengar taklimat pengurusan banjir oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri yang mengadakan tinjauan keadaan banjir di Terengganu tiba pada pukul 12.05 tengah hari bagi meninjau keadaan banjir di Kemaman.

Ketibaan Najib dengan menaiki helikopter disambut oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mazlan Ngah, di Mini Stadium di Kemaman.

Najib dan rombongan kemudiannya bertolak ke Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok dalam Dewan Undangan Negeri Air Putih untuk melawat mangsa-mangsa banjir.

Beliau meluangkan masa kira-kira sejam untuk bertanya khabar dan beramah mesra dengan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkenaan hampir tiga minggu.

Kemudian beliau melawat mangsa-mangsa banjir di Dewan Berlian dan bertemu dengan enam anak pasangan Nur Hayati Sulong, 37, seorang guru dan suaminya Suhaimi Awang, 37, yang mati lemas dalam kejadian bot terbalik pada 24 Dis lepas.

Perdana Menteri serta rombongan juga mendengar taklimat banjir oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih Wan Hakim Wan Mokhtar.

Perdana Menteri kemudian bertolak ke TUDM Kuantan sebelum berlepas ke Kelantan untuk tinjauan mangsa banjir di negeri itu.

Setakat 12.30 tengah hari ini terdapat 11,816 orang di 43 pusat pemindahan di empat daerah di Terengganu.

Daerah yang terjejas ialah Kuala Terengganu, Dungun, Hulu Terengganu dan Kemaman. Foto - BH Online

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana