Kerajaan Kelantan salahkan pembalakan haram antara punca banjir buruk

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini menyalahkan mereka yang melakukan pembersihan tanah dan pembalakan secara haram sebagai antara punca banjir buruk di negeri ini tahun ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri mengehadkan pembalakan kepada 5,960 hektar setahun, seperti ditetapkan oleh Lembaga Tanah Kebangsaan.

“Amalan pengurusan perhutanan kita juga menerima pengiktirafan MC&I SFM daripada badan dunia bebas manakala sebarang kawasan pembakalan baru diwajibkan menyediakan penilaian kesan alam sekitar (EIA), kata Ahmad dalam satu kenyataan media di sini.

“Pembalakan tidak terkawal mungkin disebabkan oleh pembersihan hutan secara haram oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Ahmad juga berjanji kerajaan negeri akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membasmikan kegiatan haram ini.

Ketika lebih 100,000 orang rakyat Kelantan terpaksa dipindahkan akibat bencana banjir terburuk di negeri ini, ada pihak yang juga menyalahkan pembalakan tidak terkawal yang menggondol hutan sekitar Gua Musang.

Selepas melawat mangsa banjir di Gua Musang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menyebut pembersihan hutan yang berleluasa sebagai faktor yang boleh memburukkan lagi banjir tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana