Tarikh hudud terserah kepada Kelantan....

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.

"Kita (Kerajaan Pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs Peringkat Kebangsaan kali Pertama 1436/2014M di Balai Islam di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu.

Mohd Amar berkata, Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.

Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana