Najib: Anwar adalah perasuah terbesar....Butakah Penyokong PR selama ini?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan “ibu kepada segala rasuah” apabila didakwa menawarkan RM100 juta menerusi sekutunya kepada seorang Menteri selepas PRU 2008, kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memetik laporan media mengenai pendedahan Menteri Luar Datuk Anifah Aman bahawa beliau ditawar wang itu oleh seorang sekutu Anwar untuk menyakinkan 10 wakil rakyat Sabah BN lompat parti.

Anifah berkata beliau telah turut ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan baru.

“Bukankah ini the mother of all corruption (ibu kepada segala rasuah)? Kita dituduh macam-macam tetapi yang membuat angkara adalah pembangkang,” kata Najib semasa menggulung perbahasan di Perhimpunan Agong Umno 2014.

Anifah memberitahu Mahkamah Tinggi kelmarin bekas timbalan pengerusi KFC Holdings (M) Berhad, Datuk Ishak Ismail menawarkan RM100 juta kepadanya untuk melompat parti.

Anifah berkata Ishak, yang berkait rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut membuat tawaran itu dengan hasrat membawa 10 ahli Parlimen dari Sabah menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan baharu pada 2008.

Najib berkata ahli Umno harus cekap menilai realiti politik yang dibawa oleh pembangkang.

“Jangan fikir kita teruk, pembangkang lagi teruk. Boleh suruh wakil rakyat letak jawatan kerana isteri mahu bertanding. Suruh menteri besar yang tidak bersalah letak jawatan kerana isteri mahu jadi MB. Bayangkan kalau saya suruh MB Negeri Sembilan letak jawatan (untuk) isteri saya jadi MB. Mati saya, dia pun tak nak. Jadi Ketua Bahagian pun dia tak nak.  Ini neoptisme terbesar,” kata Najib.

Perdana Menteri merujuk kepada krisis Menteri Besar Selangor yang dicetuskan apabila PKR menggerakkan Langkah Kajang bagi memaksa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur sebagai Menteri Besar.

ADUN PKR Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi itu yang kemudian dimenangi oleh isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Susulan keputusan itu, Khalid dipecat daripada PKR dan terpaksa berundur sebagai MB. Bagaimanapun Wan Azizah gagal mendapat perkenan Sultan Selangor untuk mengisi jawatan itu.

Sebaliknya Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih timbalan presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui Selangor.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana