MUNGKIR JANJI? ANWAR DAN AZMIN MEROYAN......TAHAP OTAK 3 SUKU

Gara-gara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat pengumuman di Perhimpunan Agung UMNO 2014 bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan, tak semena-mena ramai pemimpin PR yang semacam tersampuk dek penyakit gila meroyan tampil membantahnya.

Antara yang sakan meroyan termasuklah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali yang cuba menyindir dan menghentam DS Najib yang didakwa sengaja memungkiri janji sendiri untuk menghapuskan akta tersebut.

Penulis tak nafikan hakikat DS Najib pernah berjanji untuk mengkaji dan menghapuskan Akta Hasutan 1948 untuk digantikan dengan akta lain yang diharapkan akan lebih baik, tapi hakikatnya baru sahaja ura-ura nak dihapuskan sudah ada pihak mengambil kesempatan menimbulkan suasana tidak tenteram.

Pihak yang dimaksudkan itu telah dengan sengaja mencetus provokasi dengan cuba mencemar kesucian kalimah Allah SWT yang nak dikristiankan, menyebarkan fahaman liberalisme & pluralisme agama, membawa idea jahat mahu menukar bendera Jalur Gemilang, memuja Komunis hinggalah cubaan memisahkan Sabah dan Sarawak.

Tak cukup dengan itu semua di cedok pula idea Barat supaya orang Melayu Islam bebas keluar masuk agama (murtad), Institusi Sultan dan Raja Melayu diperlekehkan, fatwa dipermainkan, hak keistimewaan Melayu & Bumiputera cuba diusik dan macam-macam lagi yang kesannya jika dibiarkan boleh memudaratkan keadaan dalam negara.

Melihat sedemikian buruk kesan negatif di sebalik ura-ura nak menghapuskan Akta Hasutan 1948, patutkah DS Najib membiarkannya begitu sahaja? Sebagai pemimpin yang mendengar denyut nadi rakyat wajarlah tindakan beliau menarik balik cadangan penghapusan akta tersebut. Dah nampak benda buruk maka wajib dihindari.

Tapi bagi Anwar dan Azmin, mereka tidak melihat kebaikan dan keterbukaan DS Najib yang bersedia mendengar keluh kesah rakyat, sebaliknya mereka hanya nampak DS Najib telah mungkir janji. Ooo.. pandai mereka nak bercakap pasal janji dan peri penting menepati janji.

Anwar misalnya dah lupakah siapa pernah menabur janji mahu membantu penduduk Kampung Buah Pala dengan jaminan akan mengekalkan kampung tersebut dari hilang ditelan pembangunan? Hari ini ada lagikah Kampung Buah Pala? Tiada.. jadi, ini mungkir janji ke atau menepati janji?

Sebelum PRU-13 dulu Anwar yang mencadangkan kepada DS Najib dengan bantuan Jusoff Kalla dari Indonesia sebagai orang tengah untuk mengikat perjanjian mengiktiraf pihak yang menang dalam pilihan raya umum itu. Bila BN menang PRU-13, apa jadi? Habis keliling negara Anwar canang tidak iktiraf kemenangan BN. Itu bukan mungkir janjikah?

Tak lupa juga, mana janji Anwar nak bersara dan bertukar kerja menjadi pensyarah di luar negara bila dah kalah PRU-13? Sampai sekarang janji tinggal janji. Apa alasan Anwar, tak ada universiti luar mahu ambil dia bekerjakah?

Dalam kes Langkah Kajang, Anwar juga yang kata gerakan itu tiada kena mengena dengan rancangan tukar Menteri Besar Selangor. Ada Anwar kotakan kata-katanya itu? Tan Sri Khalid dah jatuh tergolek, itu tak cukup bukti lagi siapa yang kuat mungkir janji dan hanya tahu bermain kata-kata?

Azmin pula, layakkah nak menempelak DS Najib pasal mungkir janji? Baru tiga empat hari lepas Azmin sendiri membiarkan DAP cuba merebut jawatan Timbalan Speaker DUN sedangkan 26 September 2014 dulu Azmin juga yang berjanji bahawa jawatan itu khusus untuk PAS. Ini bukankah dinamakan mungkir janji?

Begitu juga janji manifesto PKR untuk menurunkan cukai pintu, cukai tafsiran tanah dan cukai premis perniagaan antara 10 hingga 20 peratus, adakah hingga sekarang Azmin berusaha menepati jani tersebut? Tiada, sebaliknya sudah banyak rungutan ramai cukai berkenaan meningkat berlipat kali ganda.

Baik Anwar mahu pun Azmin, mereka sendiri asyik mungkir janji dan gagal menepati janji, tapi masih tak malu tunjuk perangai meroyan mahu mengajar orang lain supaya jangan mungkir janji. Ini dah serupa macam kuali yang bontotnya hitam legam sibuk duk mengata periuk belanga hitam. Nak kecam orang tersindir diri sendiri. Tak malukah?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana