Ingat isu video 'spender besar'...PM kata kalau pemimpin UMNO sudah lama terjun lombong

Ini bukan lucah tetapi serius...amat serius.Mungkin sebab itu Datuk Seri Najib Tun Razak curi masa untuk sentuh hal ini dalam ucapan pengulungan beliau di Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir petang Sabtu.

Perdana Menteri membawa kisah pendedahan klip video seks oleh pihak tertentu tidak lama dulu yang sudah diketahui umum dakwaan mengaitkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali.

Isu berkenaan telah diberi jolokan oleh kalangan blogger sebagai 'spender besar' melihat pada aksi orang dalam video itu yang sedang sarungkan seluar dalamnya yang besar.

"Pemimpin tidak betul dia ( pembangkang) bela habis-habisan sampai sudah nampak spender besar pun, masih terlepas..." katanya tanpa menyebut nama siapa yang dirujuknya itu.

Juga tanpa menyebut nama tetapi jelas merujuk kepada klip video China Doll yang riuh tidak lama dulu dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau berkata ," Dah keluar video dia boleh kata, "eh itu bukan saya, perut saya tak boroi." Bukan boroi, terlepas, senang je."
Untuk rekod kedua-dua Mustapha dan Anwar nafi lelaki dalam video itu mereka dan pimpinan pembangkang maupun ahli parti tidak langsung ambil daya usaha mendesak dibuat siasatan terperinci untuk menentukan kebenaran.

Senang saja mereka kata ini semua fitnah.

Contohnya video China Doll yang didedahkan oleh Datuk T disahkan oleh pakar luar negara 99.9 peratus tulin.

Manakala ada kalangan yang melihat video yang dikaitkan dengan Mustapha merasakan sukar untuk buat satu video rekaan animasi sebegitu.Ini ditambah dengan suara perbualan jelas antara si lelaki dan wanita dalam video itu.


Namun melalui penafian kosong ia terus dipengap oleh pihak pembangkang macam tak ada hal sedangkan ia melibatkan soal dakwaan perbuatan kemungkaran keatas pemimpin besar parti.

Itulah yang dikata oleh Najib...terlepas senang aje.

Perdana Menteri membangkitkan hal ini ketika mengingatkan ahli UMNO sentiasa menghayati semangat solidarity.


Menurutnya pembangkang lebih teruk dari BN tetapi mereka berjaya diamkan saja pada dakwaan keburukan yang melibatkan pemimpin mereka.

Ini sebagai mengulas pekara ditimbulkan dalam perbahasan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar,Perlis Datuk Zahidi Zainal Abidin.

Kata Zahidi kata tengok pada pembangkang, dia jaga pemimpin dia macam nak rak dan bela habis-habisan.

Kata Najib jika tuduhan seumpama itu dikaitkan dengan mana-mana pemimpin UMNO pasti tak terlepas.

"Sampai kalau kata Ku Nan (Setiausaha Agung UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) spender besar tak terlepas. Apalagi Setiausaha Kerja kita ( Setiausaha Kerja UMNO Malaysia ,Datuk Rauf Yusoh) ...lagi besar. Tapi saya jamin dua-dua tak buat kerja ini,''katanya beri contoh itu secara berjenaka.

"Kalau kena pada orang UMNO, bukan saja pembangkang, orang UMNO sendiri kecam. Sudah lama terjun lombong dan terbongkang kita,"ujarnya.

"Itu saya hendak kata, kalau hendak kuat, jagalah pemimpin kita. Kalau hendak kuat, jagalah pemimpin kita. Kalau dia bersalah tegurlah dengan baik supaya parti kita kuat, kita boleh ke depan,"katanya lagi.

Perdana Menteri berkata para pemimpin UMNO semua manusia biasa, tiada yang sempurna. 

"Semuanya, mana-mana pun tiada ( tidak sempurna) . Orang yang kata kita, dia pun tidak sempurna. Jadi, kita sama-samalah jaga antara kita. Bantu parti kita kuat. Kita nak menang tak? Kita hendak menang pilihan raya,"katanya.

Najib kemudian memberi contoh tentang perkara yang berbangkit dalam kes mahkamah yang sedang dibicarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim saman Datuk Seri Anifah Aman

Dalam keterangannya di mahkamah Menteri Luar itu mendakwa ditawarkan RM100 juta ( oleh seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Anwar) untuk bawa 10 orang Ahli Parlimen BN agar lompat parti selepas pilihan raya umum ke-12.

Kisah ini ada kaitan dengan isu 16 September dimana Anwar dakwa ada 30 Ahli Parlimen BN hendak lompat parti dan kerajaan BN akan tumbang.Namun dakwaannya itu tidak menjadi kenyataan.

"Ini Mother of Corruption (Ibu segala rasuah). Kita, UMNO dituduh macam-macam tetapi yang buat angkara, parti pembangkang.."kata Perdana Menteri.

"Cerita ini sudah keluar dalam mahkamah. Saya petik dalam akhbar. Jangan kata saya subjudis. Tidak. Saya sudah periksa dengan peguam. Sebab sudah keluar, saya petik apa yang ditulis dalam akhbar.

"Sebab itu, saudara saudari, kita teruk, pembangkang lagi teruk,"katanya.

Untuk menguatkan hujahnya,Najib membangkitkan tentang Kajang Move.

"( Anwar) Boleh suruh wakil rakyat letak jawatan sebab isteri ( Datuk Seri Wan Azizah) hendak bertanding. Suruh pula Menteri Besar yang tidak bersalah letak jawatan sebab isteri kena jadi MB. 

"Cuba bayangkan kalau saya suruh MB Negeri Sembilan letak jawatan sebab isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) hendak jadi MB. Mati saya. Dia (isteri) tidak akan jadi MB. Jadi, Ketua Wanita UMNO Bahagian pun tidak mahu.

"Apa yang kita boleh katakan, inilah 'nepotisme' yang terbesar. Kenapa kita tidak salahkan mereka?

"Jangan serang kita, seranglah pembangkang,"ujarnya.

Mengulas ucapan pengulungan Datuk Seri Zahid Hamid yang menegur blogger pro BN yang ada kalanya serang pemimpin BN sendiri,Perdana Menteri kata beliau setuju dengan pandangan Menteri Dalam Negeri itu.|

"Saya setuju dengan kata-kata Datuk Seri Zahid Hamidi. Dia kata blogger, kadang-kadang tembak kita. Mana ada! Friendly fire is not friendly. 

"Pergilah tembak pembangkang! Itu cara kita untuk menang dalam peperangan.

Jangan berperang sesama sendiri. Tidak masuk akal. Bangang namanya! Saya belajar perkataan daripada isteri saya (bahasa minang).

"Ini semua menyebabkan kita lemah. Kita lemah kerana kita sendiri buat masalah pada kita. Cuba kita tidak buat masalah, menghayati solidariti! Parti UMNO akan sentiasa kuat. Insya-Allah,"kata Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana