Wowww.....Anwar Belikan Saiful Sut RM24 Ribu

PUTRAJAYA 31 Okt - Mahkamah diberitahu bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membelikan sut mewah Brioni bernilai RM24,000 kepada Saiful Bukhari Azlan sewaktu bekerja bersama pemimpin pembangkang itu.

Ketua Pendakwaraya kes Liwat II Anwar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, sut tersebut merupakan hadiah istimewa Anwar kepada Saiful kerana menjadi pembantu peribadinya.

"Anwar juga ada memberikan Saiful sut Brioni yang bernilai hampir RM24,000 (USD 7,700) yang pada mana sebahagian daripada mereka yang hadir ke mahkamah hari ini tidak pernah dengar pun jenama ini.

"Tetapi mengapa Anwar hendak menjaga dengan baik hubungan beliau dengan Saiful," soal Muhammad Shafee ketika memberikan hujah di Mahkamah Rayuan, hari ini.

Tambahnya, Anwar bukan perayu biasa dengan mempunyai karisma tinggi yang boleh mempengaruhi anak muda.

Jelas Muhammad Shafee lagi, beliau ditemui sendiri oleh Saiful yang menyatakan dirinya sangat takutkan Anwar.

"Saiful mengaku dia takutkan Anwar," katanya.

Perbicaraan bersambung Isnin ini dengan pihak pendakwaan akan menghabiskan hujah balasnya.

Keputusan samaada Anwar kekal dengan hukuman penjara atau dibebaskan kemungkinan diketahui Selasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana