Sabotaj Dalam Pembangkang Akan Terus Berlaku Selagi Masalah Dalaman Tidak Selesai

SABAK BERNAM, 29 Okt – Ahli Parlimen Sabak Bernam, Mohd Fasiah Mohd Fakeh berkata berdasarkan senario politik pakatan pembangkang hari ini perbuatan sabotaj mensabotaj antara satu sama lain masih lagi berlaku ekoran masalah dalaman di antara ketiga-tiga parti tersebut yang masih tidak selesai sepenuhnya.

Jelas beliau, sebagai contoh kemelut Menteri Besar Selangor yang berlaku baru-baru ini masih lagi terdengar suara-suara tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong pakatan pembangkang biarpun pelantikan baru MB sudah selesai.

“Saya kira ianya berpunca dari masalah dalaman di antara ketiga-tiga parti yang masih tidak selesai sehingga ke hari ini. Begitu juga perselisihan pendapat antara Pas dan Dap juga dilihat masih tergantung dan tidak selesai sepenuhnya.

“Manakala PKR pula masih bergelut dengan konflik dalaman mereka yang melibatkan ahli dan kepimpinan parti itu sendiri yang sebenarnya sedikit sebanyak telah memberikan impak kepada parti gabungan pakatan seperti Dap dan Pas,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Justeru itu, apa yang penting hari ini ialah UMNO dan juga parti komponen di dalam BN mestilahn merapatkan saf dan bersatu memperkukuhkan kekuatan serta  pengaruh dikalangan rakyat di negara ini.

“Bagi saya, sekiranya pakatan bergolak maka biarkanlah mereka. Apa yang penting hari ini ialah bangsa Melayu perlu bersatu bersama-sama UMNO agar tiga teras perjuangan orang Melayu iaitu Islam, bangsa dan tanahair akan terus terpelihara.

“Kita bimbang, jika Melayu terus berpecah belah, kita akan hilang kekuatan dan ini akan memberikan kelebihan kepada pembangkang untuk memanipulasikan keadaan itu bagi mengelirukan rakyat dan meraih sokongan, biarpun hakikatnya pakatan pembangkang sendiri pun tidaklah sekuat mana.

“Seperti apa yang berlaku di Selangor hari ini, pakatan pembangkang menang di negeri ini bukanlah kerana mereka kuat, tetapi kerana mereka bijak memanipulasikan pemikiran rakyat serta mengambil kesempatan di atas sedikit kelemahan yang ada pada UMNO,” jelas beliau.

Justeru itu, beliau menyeru kepada rakyat di negara ini, khususnya orang Melayu agar menolak sebarang usaha untuk memecah belahkan orang Melayu dan bersikap berlapang dada dalam usaha mengembalikan perpaduan dan kekuatan bangsa Melayu di negara ini.

“Jika kita lemah, secara otomatik syiar Islam di negara ini juga akan turut lemah kerana bangsa Melayulah yang menjadi pendokong kepada tersebarnya syiar Islam di negara ini.

“Bahkan jika kita terus berpecah belah, maka keamanan dan kemakmuran negara juga boleh terkesan dengan perkara itu,  kerana bangsa Melayu di negara ini merupakan teras utama kepada keharmonian, kemakmuran dan kestabilan politik negara,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana