Kenyataan Ini Paling Ditakuti Anwar.....TIADA KONSPIRASI POLITIK....HUJAH BALAS YANG ANWAR SANGAT TAKUTKAN

Tiada konspirasi politik, kata pendakwa rayuan Liwat II Anwar,,
Pihak pendakwaan kes rayuan Liwat II mensasarkan untuk membongkar apa yang dikatakan konspirasi politik oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata ketua pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kepada Mahkamah Persekutuan hari ini.
“Keseluruhan pembelaan utama perayu terdapat konspirasi politik. Sekurang-kurangnya dua peguamnya mengutarakan isu ini," kata Shafee sebaik Mahkamah Persekutuan mula bersidang hari ini.

Peguam Anwar, N Surendran berkata pada Selasa, tuduhan anak guamnya terhadap kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan, 29, pada 2008 bermotifkan politik.
Anwar turut membuat dakwaan berkenaan dalam kenyataan setebal 32 muka surat dari kamar mahkamah.
Memetik kenyataan Anwar, Shafee berkata tuduhan berkenaan adalah umum dan tidak mempunyai syarat tertentu.
Shafee berkata Anwar sekali lagi membuat dakwaan konspirasi seperti yang dilakukan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Shafee berkata beliau akan memeriksa dan menganalisa maksud konspirasi politik seperti didakwa pihak pembelaan.
Tiada sesiapa yang meminta Anwar memberikan kenyataan bukan bersumpah, kata Shafee.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh memilih berdiam diri tetapi Anwar mahu menjelaskan mengapa beliau mahu membuat kenyataan itu.
Kenyataan bukan bersumpah dari kamar dikira sebagai keterangan yang tidak boleh diterima.
Surendran pada Rabu meminta mahkamah mempertimbangkan kenyataan bukan bersumpah anak guamnya semasa perbicaraan.
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menolak kenyataan bukan bersumpah itu dan menyifatkannya penafian kosong pertuduhan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana