Cubaan Tian Chua Rempuh Sekatan Polis Dimaki Ahli PKR

PUTRAJAYA 29 Okt - Beberapa individu yang mengenakan 'vest' berlambang parti PKR mengherdik Naib Presiden parti Tian Chua ketika cuba merempuh sekatan polis di hadapan Istana Kehakiman hari ini.

Tian Chua yang berarak dari arah Masjid Besi Putrajaya ke Istana Kehakiman sebagai protes terhadap pertuduhan liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim walaubagaimanapun gagal membolosi sekatan tersebut.

Salah seorang dari ahli PKR yang berada di barisan hadapan pagar sekatan berpaling ke arah Tian Chua memarahi Ahli Parlimen Batu itu dengan berkata "jaga status kita," dengan nada marah.

Tian Chua yang terkejut kemudiannya cuba menenangkan pemuda tersebut.

Turut kelihatan dalam perhimpunan tersebut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana