SAIFUDDIN ABDULLAH Perlu Berani Gugurkan Keahlian UMNO dan Sertai PKR atau DAPig !

Antara parasit dalam UMNO yang cukup dikenali kerana sokongannya yang tidak berbelah bahagi kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng adalah Saifuddin Abdullah, bekas Ahli Parlimen Temerloh yang kemudiannya kalah dalam pertandingan parti di Bahagian dan menggunakan isterinya untuk mempengaruhi Najib bagi membolehkan dia menjawat jawatan sekarang.
'
Tiada sebarang sumbangan yang diberikan oleh Saifuddin Abdullah kepada UMNO mahupun rakyat Malaysia, sebaliknya dia merupakan salah seorang yang cuba mencetuskan rusuhan berdarah di Kuala Lumpur apabila dia menyokong sepenuhnya tindakan subversif seperti Adam Adli, Safwan Anang dan Hishamuddin Rais.

Saifuddin Abdullah merupakan orang yang mengalu-alukan tindakan Adam Adli menceroboh PWTC dan menurunkan bendera yang tertera wajah Najib Abdul Razak dan menaikkan bendera subversif. Malah, Saifuddin Abdullah juga sempat memberi ucapan pendek yang secara dasarnya memuji-muji tindakan subversif Adam Adli dan gerombolannya.

Namun Saifuddin Abdullah sebenarnya lebih terkenal kerana cubaannya untuk memperkenalkan NEW POLITIC yang akhirnya menyaksikan dia tergolek dan kalah serta tidak diterima oleh sesiapa pun, baik penyokong-penyokong UMNO-BN mahupun penyokong-penyokong PKR-DAP.

Kini Saifuddin Abdullah kembali semula dengan idea baru. Dia melihat anak-anak muda pro-Pakatan yang sedang berusaha memperjuangkan penghapusan Akta Hasutan. Saifuddin Abdullah berasakan dia boleh mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan daripada golongan berkenaan.

Anehnya, Saifuddin Abdullah enggan dan masih bergayut kepada UMNO walaupun tindakannya dari semasa ke semasa adalah menikam UMNO serta menjahanamkan UMNO dari dalam. Bukankah lebih baik kalau Saifuddin Abdullah yang kerap berkata, dia seorang gentleman, benar-benar mengotakan kata-katanya, keluar dari UMNO dan menyertai PKR atau DAP kemudian memperjuangkan apa yang dipercayainya?

Dia tidak berani kerana bimbang segala sumber kewangan dan kemewahannya akan hilang begitu sahaja?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana