Polis kenal pasti individu keluar kenyataan bawa Sabah keluar Malaysia...Jangan Kata Kerajaan Zalim Plak
LAHAD DATU: Pihak polis mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.
Beliau berkata, siasatan lebih lanjut akan dilakukan terhadap individu terbabit dalam tempoh terdekat kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan.
"Tindakan tegas akan ambil terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan mempertikai kedudukan Sabah dalam Malaysia.
"Polis akan memastikan tindakan diambil selari dengan kenyataan yang dibuat yang boleh kita anggap sebagai menghasut masyarakat di Sabah supaya membenci negara sendiri," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Selasa.
Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Sipitang berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang mencadangkan usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia yang disifatkan sebagai menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan rakyat.
Mohd Bakri berkata, kenyataan itu dilihat sebagai sengaja mahu memporakperandakan negara dan meminta pihak berkenaan supaya menghentikan tindakan sedemikian.
Mengenai pelaksanaan perintah berkurung di perairan timur Sabah, beliau berkata ia akan dihentikan jika tahap keselamatan di kawasan itu pulih.
Beliau berkata, tindakan yang diambil adalah berdasarkan kepada keperluan keselamatan dan anggota masyarakat sedia maklum ia berkesan dalam mengekang kegiatan yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan di Sabah.
"Setakat ini, perintah berkurung masih kekal dan orang ramai di kawasan terbabit perlu memberi kerjasama. Sekiranya keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZOne) pulih sedia kala, barulah kita fikirkan untuk tidak melanjutkannya," katanya.

Comments