Pemilihan Exco: Anwar minta Pakatan hormat keputusan Azmin...Itu Makna Bininya AKan Dilantik Exco?

SHAH ALAM: Semua pihak perlu menghormati keputusan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dalam menentukan barisan exco yang baharu, kata Ketua Umum PKR.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kelutusan Azmin dibuat setelah merujuk kepada parti terlebih dahulu melalui perbincangan.

"Ini  adalah keputusan Menteri Besar selepas daripada perbincangan parti, ini adalah keputusannya, kena bagi ruang kepada Menteri Besar untuk menentukan dan buat keputusan yang efisyen," katanya ringkas menjawab isu pengurangan barisan exco PAS daripada empat kepada tiga.

PAS kini dilihat terkesan setelah kuota exconya berkurang daripada penggal pemerintahan sebelum ini.

Parti itu kemudiannya sehingga kini memaklumkan belum memutuskan sama ada menerima jawatan Timbalan Speaker atau sebaliknya yang dilihat hanya untuk menyenangkan parti itu apabila satu kerusi exco dirampas PKR.

Ini terbukti sehinggakan PKR dan DAP disifatkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Aziz sebagai membuli rakan sekutunya sendiri.

Terbaru DAP dan PKR secara terbuka mula mengkritik PAS dan tanpa berlapik memberitahu parti itu sepatutnya dihukum kerana enggan bersama menyokong keputusan-keputusan yang dicapai dalam isu jawatan menteri besar Selangor.

PAS sebelum ini menolak calon PKR dan DAP, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

BAPA JHO LOW RUPANYA KRONI MAHATHIR…

Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar