Pas Diserbu.....Didesak Keluar Pakatan Rakyat...Jadi Apa Lagi Pemimpinan PAS?

KUALA LUMPUR 30 Sept - Parti PAS hari ini didesak keluar dari Pakatan Rakyat (PR) selepas menyebabkan pelbagai konflik selain disifatkan tidak setiakawan kerana menyerang dua lagi parti di dalam PR iaitu PKR dan DAP.

Kordinator Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA), Ekhsan Bukharee, tindakan Pas itu mengundang ketegangan di dalam PR dan akibat paling jelas adalah ketika konflik Menteri Besar Selangor sehingga menyebabkan krisis tersebut terpaksa berlarutan sehingga lima bulan.

"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.

"Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," katanya kepada pemberita selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Memorandum tersebut diterima oleh Pegawai Penerangan Pas Pusat, Mohamad Shahir Abu Hassan.

Ekhsan menjelaskan, sekiranya konflik yang berpunca dari Pas itu tidak dihentikan, PR bakal kehilangan sokongan daripada penyokongnya.

Katanya, hasil tinjauan oleh LENSA yang diadakan semasa forum, majoriti penyokong PR yang bukan beragama Islam telah mula mempersoalkan tindakan parti Islam tersebut.

"Lensa khuatir sekiranya pertembungan dalaman PR ini tidak diurus segera, maka masyarakat akan kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada Pas.

"Dalam empat siri forum yang telah dijalankan, sebanyak 33 soalan yang diajukan kepada panelis telah dianalisis dan analisis itu menunjukkan semua soalan yang diajukan oleh penonton bukan Islam mempertikaikan sikap Pas sepanjang konflik berlaku," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

BAPA JHO LOW RUPANYA KRONI MAHATHIR…

Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar Kereta, Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar