Kata Kit Siang : PAS Bakal Kecundang di Negeri Kelantan

KUALA LUMPUR 29 Sept - DAP melihat PAS akan gagal mempertahankan Negeri Kelantan sekaligus dirampas Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang ekoran kemenangan besar parti komponen itu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor baru-baru ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, ianya berkemungkinan berlaku apabila peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat (PR) melibatkan di kawasan-kawasan Parlimen dan Dun di negeri itu.

“Jika Pengkalan Kubor berlaku (di semua tempat di Kelantan), Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dan BN pula 25 kerusi.

“Ini bererti kuasa untuk memerintah negara akan hilang,” katanya dalam majlis makan malam DAP di Petaling Jaya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendedahkan hasil kaji selidik parti itu mendapati, sokongan rakyat negeri Kelantan terhadap PAS menurun mendadak ke paras 50 peratus.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak dakwaan tersebut dan menyangkal faktor kekalahan PAS di Pengkalan Kubor disebabkan kesan daripada konflik pentadbiran di Selangor.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN Mat Razi Mat Ail memperoleh 9,981 undi, menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi dan calon bebas Izat Bukhary Ismail (38 undi).

Mat Razi mempertahankan kerusi DUN itu dengan majoriti 2,635 undi, meningkat hampir 900 undi berbanding penyandang DUN itu allahyarham Noor Zahidi Omar yang mendapat majoriti 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana