Anwar nafi campur tangan pentadbiran MB baru Selangor....Tak Percaya Langsung

SHAH ALAM: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau mengeluarkan 'arahan' kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bagi mengkaji semula kenaikan gaji mendadak untuk wakil rakyat, projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) serta perjanjian air yang diikat dengan Putrajaya.

Ujarnya tindakan itu bukan mahu mencampuri urusan pentadbiran di bawah pimpinan Azmin tetapi hanya meminta penjelasan daripada beliau, samada perjanjian terdahulu itu mengikut undang-undang atau sebaliknya.

"Saya hanya minta penjelasan daripada Menteri Besar dan kerajaan yang baru supaya kita dapat maklumat ini saya tidak tentukan apa-apa dan hukuman.

"Siapa nak untung itu dia punya hal tapi proses kena ikut, peraturan kena ikut jangan untung untuk orang atas kerana kita nak mempertahankan kedudukan kita kemudian rakyat kena bayar lebih," katanya kepada wartawan selepas program Syarahan 'Memerangi Ekstrimis' di Universiti Selangor (Unisel) hari ini.

Dalam masa yang sama beliau turut menafikan menuduh mantan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengamalkan rasuah namun menegaskan tidak ada ketelusan pengurusan dibawahnya.

"Saya tidak tuduh rasuah, tapi tidak ada ketelusan," katanya.

Anwar dilihat telah mula mencampuri urusan pentadbiran negeri itu apabila beberapa kali menegaskna kepada umum tentang pentingnya pendedahan perjanjian yang pernah dibuat mantan Menteri Besar sebelum ini sejuru seleas Azmin menggantikannya.

Azmin sebelum ini menegaskan tidak akan menjadi peneraju nombor satu negeri Selangor yang dikawal oleh mana-mana pihak.

Terdahulu Anwar berkata pentadbiran Selangor di bawah menteri besar yang baru Azmin dijangka mengkaji semula dan mendedahkan "kelulusan besar dan kontrak" yang dilakukan di bawah pentadbiran sebelumnya.

Ia termasuklah perjanjian air dengan kerajaan persekutuan yang melibatkan operasi rawatan dan pengedaran dalam industri bernilai RM30 bilion, pembinaan loji rawatan air Langat 2 RM3.6 juta dan pembinaan lebuh raya Kidex.

Anwar dalam masa yang sama menyebut kembali betapa pentingnya isu ini dibawa agar rakyat tidak terheret dan akhirnya menjadi mangsa pihak-pihak tertentu mengaut keuntungan.

"Saya hanya mengatakan ada beberapa masalah yang rakyat di bawah harus difahami.

"Berebut nak luluskan kontrak air sebab apa, siapa yang dapat? Saya tidak kata kontraktor ini yang harus dapat dengan harga yang sepatutnya saya nak tahu siapa yang dapat kontrak berapa banyak keuntungan dan kalau keuntungan itu terlalu banyak kepada dua dan tiga orang-orang atasan yang memperolehi kekayaan apakah kesan itu dirasai oleh rakyat Selangor yang mesti bayar kadar air yang tinggi selepas ini.

"Kidex, sebelum ini puluh ribu yang membantah tidak akan tidak boleh jumpa sebelum ini?

"Mengapa nak heret negeri untuk luluskan tanpa mendengar keluhan puluhan ribu orang dan syarikat mana yang untung, peguam Umno mana yang dipunyai," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana