Tangan Putus Dibaham Harimau....

CASCAVEL 2 Ogos - Tindakan tidak bertanggungjawab seorang bapa yang dikatakan membenarkan anaknya memasuki kawasan larangan di zoo walaupun terdapat tanda amaran, akhirnya membawa padah.

Anak lelakinya putus sebelah tangan selepas dibaham seekor harimau setelah dia memanjat masuk ke kawasan larangan untuk mengusap haiwan berkenaan, lapor AFP.

Saksi berkata, kanak-kanak berusia 11 tahun itu meraung “Saya akan mati, tangan saya putus!”

Tangannya dibaham ketika kanak-kanak itu dikatakan cuba menghulurkan daging menerusi kandang itu.

Sementara itu, adik mangsa berusia tiga tahun dipercayai menyaksikan kejadian di zoo di Cascavel itu.

Rakaman video menunjukkan mangsa dipapah melintasi sekatan keselamatan.

Guru muzik, Ricardo Espindola yang turut berada di tempat kejadian berusaha membantu bapa mangsa sementara menunggu ambulans tiba.

“Dia memberi makanan kepada harimau itu dan bergurau dengan binatang itu sambil mengusap haiwan itu dengan tangannya,” katanya.

Menurutnya, selepas melihat harimau itu, Espindola beredar dan kemudian terdengar kanak-kanak itu meraung.

“Saya berlari semula ke situ dan melihat bapa mangsa mendukungnya dengan tangan kanak-kanak itu terkulai. Saya segera menelefon ambulans.

“Kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terkejut dan meraung yang dia akan mati selepas dibaham,” katanya.

Mangsa dirawat oleh paramedik di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital dan dipercayai doktor terpaksa memotong tangan mangsa.

Menurut seorang pekerja, harimau yang diberi nama Hu itu adalah antara haiwan yang paling ‘comel’ di zoo itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL