PKR Selangor Serang Rafizi Pemimpin Angkuh, Sombong

KUALA LUMPUR 29 Ogos - PKR Selangor menyifatkan Naib Presiden parti, Rafizi Ramli sebagai pemimpin yang angkuh dan sombong ekoran kenyataannya yang meminta kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di negeri itu membuat kenyataan terbuka menarik diri daripada sebarang pencalonan sebagai Menteri Besar.

Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafiei berkata, tindakan Ahli Parlimen Pandan itu secara jelas menghina krelibiliti pimpinan PKR Negeri.

“Saya berpandangan tidak perlu saya dan rakan-rakan ADUN diarah tarik diri kerana kami bukanlah orang yang dicalonkan sebagai MB.

“Cabaran beliau dilihat menghina kami, seolah olah kami tidak ada pendirian.

“Soalannya saya, siapa Rafizi yang hendak menyuruh saya membuat itu dan ini? Jika beliau mempunyai cadangan yang difikirkan baik, bawalah ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat untuk kita bincangkan dan membuat keputusan.

“Ia jelas mempamerkan sikap seorang yang angkuh dan bongkak,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Isu ini mula ditimbulkan Rafizi merujuk cadangan Dewan Pemuda PAS agar Ketua Angkatan Muda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dinamakan sebagai salah seorang calon Menteri Besar Selangor

Akan tetapi, Nik Nazmi yang menghormati gesaan Dewan Pemuda PAS menolak pencalonan tersebut.

ADUN Sri Muda itu berkata, isu yang dibangkitkan Rafizi tidak timbul sama sekali kerana kesemua ADUN PKR di Selangor telahpun menandatangani akuan berkanun (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr  Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar.

“Justeru itu tidak ada kewajaran cabaran Rafizi dan beliau tidak perlu mempertikaikan kesetiaan saya / kami kepada parti,” katanya lagi.

Shuhaimi turut mendesak agar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur sikap melampau Rafizi yang menjadi punca berlakunya keretakan hubungan dalam PKR dan Pakatan Rakyat.

“Cara beliau memberikan gambaran bahawa hanya pendapat beliau seorang sahaja yang betul dan beliau sahaja yang layak memberikan pendapat.

"Sudah tiba masanya untuk Azizah sebagai presiden dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur cara melampau Rafizi kerana banyak memberi persepsi yang tidak baik pada Pakatan.

“Amaran saya kepada Rafizi, hentikan segera sikap tergopoh-gapah beliau. Ia bakal menyerlahkan sikap sebenar seorang anak muda yang gelojoh dan mempunyai agenda peribadi dalam pelantikan menteri besar yang baru ini.

Shuhaimi juga menggesa Rafizi menghentikan serta merta 'Wayang Langkah Kajang' kerana ianya telahpun berakhir setelah Tan Sri Khalid Ibrahim akur untuk melepaskan jawatannya.

“Berilah ruang kepada pihak istana melakukan tugas terakhir mengikut undang undang tubuh negeri dengan teratur,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana