Pembangkang mula bimbang berdepan lebih banyak PRK

Siri pendakwaan seorang demi seorang pemimpin pembangkang termasuk ahli-ahli Parlimen dan Adun mula membimbangkan serta merunsingkan mereka kerana khuatir berakhir dengan pilihan raya kecil jika pemimpin terbabit disabitkan kesalahan.

Setakat ini Naib Presiden PKR dan yang juga ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli serta ahli parlimen Padang Serai N Surendran,  ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad sudah dihadapkan ke mahkamah.
Ahli parlimen pembangkang  lain yang sedang dibicarakan di bawah Akta Hasutan termasuk ahli parlimen DAP Seputeh Teresa Kok dan ahli parlimen PKR Batu Tian Chua.Adun DAP Seri Delima RSN Rayer pula didakwa di bawah Akta Hasutan, manakala Adun PAS Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa dengan fitnah jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Penasihat DAP, Lim Kit Siang, jika kerajaan Barisan Nasional berjaya bukan sekadar menyabitkan, malah dengan hukuman denda lebih RM2,000 dan penjara setahun yang membatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat.
anwarmalu

Ini berrmakna lima PRK kawasan Parlimen bakal diadakan iaitu Seputeh, Batu, Pandan, Padang Serai dan Shah Alam dan dua PRK peringkat Dun – Seri Delima dan Changkat Jering.

“Jika kita menyertakan kemungkinan PRK di Permatang Pauh, iaitu kalau Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, maka kita melihat kepada kemungkinan besar 6 PRK peringkat Parlimen yang berpunca daripada siri terbaru tangkapan dan pendakwaan terhadap pimpinan Pakatan,” ujarnya  Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan.

Menjawab soalan Kit Siang mudah sahaja.

Ada pepatah berbunyi, berani buat, berani tanggung.

Dan jika tidak bersalah, kenapa perlu takut kerana mahkamah negara ini sentiasa mengadili sesuatu kes tanpa memilih tertuduh ahli politik pembangkang mahupun dari Barisan Nasional (BN).

Lagipun, kenapa bising apabila yang dituduh pemimpin pembangkang sedangkan tidak ada pemimpin BN bising apabila ada yang didakwa di mahkamah malah dihukum penjara dan sebagainya.

Inilah realiti perundangan.

Jangan jika terkena orang lain tidak mengapa, tetapi bila terkena hidung sendiri sudah meraung menyalahkan kerajaan.

Pembangkang boleh memekik meminta undang-undang tertentu yang boleh menyabitkan perbuatan mereka dengan kesalahan seperti Akta Hasutan dihapuskan tetapi apa makna sesebuah negara yang Merdeka tanpa undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana