Ambang Merdeka Pas Kurang Sambutan Kerana Hujan?

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Faktor hujan menjadi sebab mengapa Sambutan Ambang Merdeka dan Karnival 40 Tahun Pas Wilayah Persekutuan yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru kurang mendapat sambutan.

Sehingga pukul 10 malam,kira-kira 200 orang yang hadir dimana 100 daripadanya merupakan peserta konvoi bermotor jelajah Malaysia.

Pengarah Program,Mohamad Noor Mohamad berkata, walaupun program pada malam di ambang kemerdekaan ini tidak mendapat sambuta,namun pihaknya berharap suara yang dilontarkan dapat didengar oleh penduduk Kampung Baru yang berada berhampiran dengan lokasi program.

"Orang Kuala Lumpur (KL) memang ada satu sikap iaitu malas nak keluar rumah jika hari hujan.

"Tambahan pula Isnin (1 September) cuti,mungkin ramai yang telah pulang ke kampung halaman dan menjadi faktor mengapa yang baki ini sahaja yang hadir," katanya yang juga merupakan Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan sambil disambut hilai tawa tetamu yang hadir.

Tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan untuk turut serta pada program iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng bagaimanapun tidak hadir ke majlis tersebut.

Menurut Ahli Jawatankuasa Program,Abdul Hadi tidak dapat menghadirkan diri atas faktor kesihatan manakala Anwar dan Guan Eng gagal untuk meghantarkan wakil walaupun jemputan sudah dibuat.

Pemimpin yang hadir pada program ialah Ketua Penerangan Pas,Datuk Mahfuz Omar, Sasterawan Negara,Datuk A.Samad Said serta Bekas Menteri Besar Selangor,Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana