Panasss!!!! Rafizi Dakwa Kenyataan Zuhdi Berunsur Pengkhianatan Kepada Pakatan

KUALA LUMPUR 29 Julai - Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa kenyataan yang dikatakan milik AJK PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mempunyai  unsur pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Menurut Rafizi, Dr Zuhdi juga telah merosakkan pandangan bukan Islam terhadap mesej Islam yang dibawa PAS sungguhpun beliau menafikan tidak mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS ini yang lebih biasa kita dengar dari PERKASA dan ISMA memberi gambaran bahawa masih ada unsur-unsur yang khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat

"Saya yakin selama ini bahawa kebersamaan PAS di dalam Pakatan Rakyat yang membawa pendekatan melalui dakwah kepada orang bukan Islam telah banyak membantu meningkatkan syiar Islam.

"Pendekatan itu melunakkan pandangan banyak orang bukan Islam yang melihat keadilan kepada semua yang dibawa oleh Islam melalui Pakatan Rakyat, selaras dengan sifat Islam yang membawa rahmat ke seluruh alam (rahmatan lil ‘aalamin)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, cadangan Dr Zuhdi yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan termasuk Buku Jingga.

Ahli Parlimen Pandan itu mendesak supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pendirian PAS berkenaan perkara tersebut.

"Apakah tindakan disiplin yang diambil ke atas Dr Zuhdi Marzuki yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat kepada perjanjian yang PAS meterai dengan Pakatan Rakyat dan rakyat yang mengundi PAS/Pakatan Rakyat?

"Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi Marzuki ini?" katanya.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan partinya tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.

"Pendapat yang dikemukan Dr Zuhdi merupakan suatu pandangan peribadi beliau yang dikomunikasi melalui media sosial dan bersifat informal.

"PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.

"Secara tegasnya olahan perancangan senario Dr Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP)," katanya yang juga Pangarah Esekutif PPP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana