Panas Berapi !!!!! Tak kurang 10 pemimpin PAS sokong kuat usul keluar PR... - Dr Zuhdi

Tidak semena-mena perbuatan segelintir pemimpin PAS yang membocorkan perbincangan dalam whatapps groups PAS Pusat telah mengemparkan penyokong pembangkang.

Bagi DAP dan PKR mereka terkejut bahawa PAS rupanya sudang berbincang hendak keluar Pakatan Rakyat dikala ketua pembangkang Datuk Seri Awnar Ibrahim hendak ganti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan isterinya.

Sebaliknya di pihak PAS, terutamanya ahli peringkat pertengahan dan akar umbi, sibuk mencari siapakah dalang yang membocorkan maklumat itu.

Nampak sangat orang itu kerjanya menjadi 'perisik' kepada DAP dan PKR.

Seorang Ahli Parlimen PAS bahkan mendoakan 'pengkhianat' tersebut dapat menyambut hari raya dengan tenang.

Yang paling teruk jadi mangsa adalah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki...

Beliau individu yang bertanggungjawab mengeluarkan analisis senario tersebut. Pemimpin-pemimpin DAP dan PKR hentam Dr Zuhri kiri kanan.

Tak peduli sambutan raya ke apa ke... Tony Pua dan Rafizi Ramli masing-masing mengeluarkan kenyataan paling keras terhadap pakar strategi yang bertugas dengan think tank PAS itu.

Tapi apa cerita sebenarnya... masih kabur, Dr Zuhdi yang dibelasah kiri kanan akhirnya tampil membela diri di facebook peribadinya...

Beliau luahkan semua, apa yang menjadi punca kepada analisis senario yang dibuatnya.

Antaranya beliau memberitahu bahawa kenyataan yang ditulisnya itu adalah hasil permintaan pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang ada dalam group whatapps tersebut.

Apabila seorang pemimpin kanan PAS berbincang mengenai kemungkinan keluar dari PR.

"Usul Pas keluar dari PR itu telah disokong kuat oleh tidak kurang 10 orang anggota dalam kumpulan Whatsapp itu, yang sebahagian besar mereka amat rapat dengan Anwar Ibrahim,"ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana