Bubarkan DUN, cara terbaik selesai kemelut Selangor - Perkasa

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor perlu dibubarkan dan Pilihan Raya Negeri diadakan bagi menyelesaikan kemelut pakatan pembangkang mengenai kedudukan Menteri Besar negeri itu.

Utusan melaporkan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penyelesaian kemelut Menteri Besar itu perlu mengikut semangat demokrasi dengan menyerahkan balik mandat memilih kerajaan negeri kepada Selangor.

Katanya, Pas juga mempunyai peluang lebih baik dalam pilihan raya itu sekiranya bekerjasama dengan UMNO kerana pakatan mereka dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, hanya menyebabkan Melayu berpecah dan imej Islam parti tercemar.

"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar menasihati Sultan Selangor membubarkan DUN jika ada usul tidak percaya terhadapnya. Ketika ini, PKR mempunyai 14 kerusi dan DAP 15 kerusi menjadikan jumlah 29 kerusi di DUN Selangor.

"Pas pula 15 kerusi dan UMNO 12 kerusi menjadikan jumlah 27 kerusi semuanya dan jika Abdul Khalid berpaling tadah, kedudukan adalah seimbang 28 kerusi, jadi cara terbaik adalah membubarkan DUN dan serah balik mandat kepada rakyat," katanya.

Anwar sebelum ini membuat kejutan apabila mengumumkan Presiden PKR yang juga isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon untuk menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor namun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal di jawatan itu.

Menurut Ibrahim, pakatan pembangkang tidak dapat menjamin kestabilan politik negara kerana matlamat yang berbeza-beza serta saling berpura-pura dan Pas terpaksa menerima kerugian paling besar akibat imej Islam parti itu terjejas.

"Anwar mahu mengguna Pas dan DAP untuk matlamat politik hipokritnya, DAP pula mahu menggunakan Anwar dan Pas untuk matlamat Malaysian Malaysia, Pas pula ingat mereka cerdik, mahu guna Anwar dan DAP untuk melebarkan perjuangan Islam.

"Setakat ini yang untung besar DAP. Pas rugi besar walaupun tambah kerusi di Semenanjung Malaysia kerana tidak ada apa kesan pun kepada parti itu malah imej Islamnya pula yang tercemar dan Anwar untung sedikit untuk keluarganya," katanya.

Jelas beliau, keadaan pasti lebih parah sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara kerana akan berlakunya perebutan terhadap jawatan Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pendidikan.

"Mungkin Pengerusi Tabung Haji daripada DAP sebab ada Ahli Parlimen Melayu dalam DAP, PKR dapat Pengerusi LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan Menteri jaga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pun daripada PKR iaitu Exco yang menjaga Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang.

"Pas pula berpuas hati dengan Pengerusi Lembaga Kenaf atau lada hitam, ini andaian contoh yang ada logiknya jika dilihat pakatan mereka sekarang ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana