Tahniah TUDM......Pangkalan Udara Labuan terima Eurocopter EC725 ganti Nuri

LABUAN: Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini menerima empat unit Eurocopter EC725 bagi menggantikan helikopter Nuri yang digunakan TUDM sejak 1968.

Panglima Tentera Udara, Tan Sri Rodzali Daud, berkata ia adalah sebahagian daripada 12 helikopter model itu yang bernilai lebih RM1.6 bilion bagi menggantikan 28 unit Nuri milik TUDM."EC725 adalah helikopter yang berupaya melaksanakan dua peranan utama iaitu untuk fungsi taktikal seperti operasi mencari dan menyelamat, kedua dari segi utiliti, iaitu sebagai bantuan logistik," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan helikopter itu kepada wakil No 5 Skuadron di sini hari ini.

Beliau berkata, perolehan pesawat moden dan berteknologi tinggi seperti EC725 adalah sebahagian daripada perancangan yang diatur bagi memastikan TUDM berupaya melaksanakan peranannya dengan berkesan selain menguasai ruang angkasa Malaysia.

Rodzali juga berkata, sebelum ini, lapan unit EC725 ditempatkan di pangkalan udara Kuantan dan kriteria utama pemilihan penempatan helikopter itu adalah berdasarkan kepentingan strategik kawasan operasi serta infrastruktur sedia ada.

Turut hadir, Panglima Bantuan Udara, Leftenan Jeneral Datuk Che Akmar Mohd Nor serta Panglima No 2 Divisyen Udara, Mejar Jeneral Datuk Ansar Ali.

- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL