Khalid tiada kuasa penuhi jaminan bekalan air tidak terganggu lagi...Pulak Doh

PELABUHAN KLANG: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku gagal mengotakan janji tidak akan berlaku gangguan bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang kerana “tidak berkuasa” menyelesaikan isu itu.

"Boleh jika nak salahkan kerajaan negeri. Tapi mereka kena tahu ada atau tidak kuasa kerajaan negeri untuk selesaikan?

"Kerajaan negeri tidak ada kuasa penuh terhadap SYABAS. Orang yang nak buat kenyataan kena faham bahawa kerajaan negeri mencuba,” katanya.

Khalid merujuk pada proses kerajaan negeri mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi melaksanakan rancangan penstrukturan semula perusahaan bekalan air di Selangor yang belum selesai.

Beliau menjawab kritikan Penasihat Air Selangor, Tony Pua, yang menyelarnya kerana gagal memenuhi jaminannya sebelum ini bahawa tiada masalah air akan berlaku lagi dalam tempoh 5 hingga 6 bulan akan datang.

"Persoalannya kenapa kerajaan negeri memberikan jaminan tetapi kini berkata 'tidak boleh mengawal Syabas'?

"Adakah kerajaan negeri mendapat jaminan dari SYABAS sebelum memberikan jaminan kepada umum?" soal ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Kritikan Pua itu dipacu oleh pengumuman SYABAS baru-baru ini bahawa bekalan air akan terganggu di beberapa kawasan Lembah Klang.

Khalid menyifatkan kritikan DAP melalui Tony Pua terhadap isu catuan air di Selangor sebagai “tidak membina dan tersasar”.
 
"Kerajaan negeri sentiasa bekerja keras dan memberikan komitmen tinggi untuk memastikan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi," kata Khalid dalam satu kenyataan semalam.

"Saya kesal kritikan yang dilakukan pemimpin khususnya daripada DAP ini yang tersalah sasar.

"Ini kerana kerajaan Selangor masih belum dapat menguasai industri air meskipun secara prinsipnya SYABAS bersetuju untuk diambil alih kerajaan negeri," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri masih belum dapat memasuki premis SYABAS untuk meneliti dokumen, data dan butiran mengenai industri air Selangor.

Sejak Selasa lalu dianggarkan 758,976 rumah kediaman di lima kawasan sekitar Lembah Klang mengalami masalah tekanan air rendah dan terputus bekalan berikutan penurunan paras air di Empangan Sungai Selangor dan masalah gangguan bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor.

Pua juga adalah Ahli Jawatankuasa Penasihat Air kerajaan negeri Selangor yang dilantik Pakatan Rakyat bersama Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS dan Rafizi Ramli dari PKR.

Seperti lazimnya, Khalid menyalahkan SYABAS yang keberatan bekerjasama dengannya bagi mengelakkan masalah gangguan bekalan air terbaharu ini.

"Saya pernah minta Setiausaha Kerajaan Negeri adakan mesyuarat dua hari sekali mengenai status penyaluran air Selangor. Kita panggil pihak SYABAS, SPAN dan kementerian.

"Malangnya pihak SYABAS tidak ada yang datang. Lima orang pegawai tertinggi mereka tidak datang seperti Tan Sri Rozali dan Datuk Roslan termasuk PRO mereka,” katanya.

Bagaimanapun Pua mendakwa gangguan terbaru bekalan air di Selangor tidak boleh dimaafkan dan menyalahkan ketidakcekapan kerajaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana