MALAYSIA TIADA INSTITUSI SESUAI LAKSANA HUDUD, BINCANG DENGAN PAKATAN DAHULU, KATA ANWAR

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa ucapannya di sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Beliau mencadangkan PAS membincangkan keputusannya untuk melaksanakan hukum hudud di Majlis Pimpinan PR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 29 April, 2014.

Malaysia masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum hudud Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata, ekoran perkara itu, PAS seharusnya berbincang bersama rakan komponen mereka daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen.

"Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Anwar berkata, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekaligus menyukarkan ‎implementasi hudud di mahkamah.
"Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas. Saya boleh kemukakan banyak‎ contoh, termasuk Mahkamah Syariah.

"Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?" katanya kepada pemberita apabila disoal tentang persediaan Malaysia untuk melaksanakan hudud.
‎Pemimpin pembangkang itu juga berkata, PAS perlu membawa isu hudud kepada perbincangan Majlis Pimpinan PR bagi menjelaskan semua isu tersebut.

"Dan tentunya dalam soal hudud ini, pendirian PAS yang konsisten menjadi kontroversi kerana mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.

"Sebab itu kita putuskan ia dibincangkan di Majlis Pimpinan PR," kata Anwar kepada pemberita.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana