Ketumbuhan di pipi Sidek disahkan kanser
Kuala Lumpur: Pelakon veteran, Sidek Hussin, 63, pasrah apabila disahkan doktor bahawa ketumbuhan yang dihidapi di pipinya sejak lebih tiga dekad lalu adalah sejenis kanser.
Ketumbuhan seberat dua kilogram yang tumbuh ketika beliau berusia 20-an itu akhirnya terjawab selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 30 Mac lalu sejurus pengsan di ibu negara ketika membeli barang untuk cucunya.
Pelakon filem Paku itu yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ketika kunjungan Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), semalam dilihat masih tidak bermaya dan tutur katanya lemah serta sukar difahami.
Hilang selera makan
Sidek berkata, sejak pulang daripada mengerjakan umrah Jun tahun lalu, keadaannya semakin lemah apabila hilang selera makan dengan berat badan kini tinggal 55 kilogram (kg) berbanding sebelum ini, 83 kg.
“Saya agak terkejut apabila doktor mengesahkan ketumbuhan ini semakin merebak menjadi kanser.
“Jika dulu usaha untuk membuangnya terhalang kerana banyak perkara, antaranya masalah jantung saya yang lemah, selain sibuk menjalani penggambaran, kini saya hanya mampu berserah,” katanya.
Beliau berkata demikian sambil menitiskan air mata ketika menceritakan keadaannya kepada Naib Presiden YA1M, Datuk M Nasir dan Ketua Penerangan YA1M, Nashrudin Elias (Nash Lefthanded) pada kunjungan itu.

Comments