Huru-hara Anwar nak jawab kelam kabut pemilihan PKR...

Nampaknya seminggu dua ini, jenuh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim 'bersilat' sakan berhubung kekecohan dalam pemilihan PKR di beberapa tempat di Sarawak, Pahang dan Terengganu.

Antara yang huru-hara adalah melibatkan Cabang Batang Sadong di Serawak, Setiu dan Kemaman di Terengganu, Paya Besar di Pahang ketika pengundian pada bermula pada Sabtu dan Ahad lalu untuk negeri-negeri zon Timur serta Sarawak.

Cuma, macam biasa boleh diagak, Anwar akan tutup kekurangan partinya dengan menyalahkan pihak lain.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini, ketika ditanya wartawan isu kekecohan dan penipuan dalam pemilihan PKR seperti yang dilaporkan media sejak Ahad, Anwar dengan selambanya kaitkan dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Menurut Anwar, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR akan bertindak sekiranya terbukti wujud unsur penipuan di dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung termasuk terhadap Mohamed Azmin Ali.

Menurut beliau, pihaknya memandang serius segala penipuan, kecurangan dan kecuaian yang berlaku dan menegaskan bahawa JPP tidak sekali-kali akan melindungi penipuan.

“JPP bukan macam SPR (Suruhanjaya Pilihanraya), kita tidak sekali-kali akan melindungi penipuan.

“Datuk Johari Abdul dan Abdul Malek Hussain sudah pergi ke Batang Sadong untuk menyiasat. Sekiranya terbukti adanya unsur penipuan, kita tidak akan teragak-agak untuk batal atau menangguhkan proses pemilihan walau siapa juga calon itu,” katanya.

“Kami tidak akan bertolak ansur sekiranya telah terbukti adanya penipuan. Macam di Setiu pun kami tangguhkan pemilihan sebab tempat mengundi itu tidak relevan, 10 batu jauh dari kawasan orang ramai,” katanya.

Cuma ramai yang sinikal, apakah benar PKR atau Anwar berani bertindak terhadap Azmin.

Berdasarkan sejarah lampau, ketika pemilihan PKR 2010, Azmin yang menang jawatan Timbalan Presiden juga dikaitkan dengan kontroversi dalam pemilihan apabila keputusan awal yang dipaparkan melalui laman web rasmi parti itu dikatakan tersilap gara-gara ‘kesalahan manusia’.

Keputusan laman web itu menyiarkan perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, selepas 68 cabang mengundi menunjukkan Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendapat keseluruhan 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekatnya, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR (3,051), manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu sudah tidak dapat lagi diakses selepas ibu pejabat parti itu mengeluarkan keputusan rasmi lain yang menunjukkan angka berbeza iaitu Azmin mendahului Zaid.

Kesilapan keputusan tesebut dikatakan berlaku disebabkan oleh kecuaian individu yang memasukkan dan mengemaskini data serta keputusan rasmi bagi pemilihan tersebut.

Namun, sejauh mana Anwar akan berpegang kepada kenyataan beliau ini memandangkan isu kontroversi pada tahun 2010 bagi pemilihan parti itu juga gagal diselesaikan secara bermoral dan mematuhi perlembagaan parti.

Pada Isnin, seorang pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan itu ekoran dakwaan memanipulasi und di cabang batang Sadong.

Beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

JPP semalam menegaskan tidak akan bertoleransi dengan pihak yang terbabit jika didapati bersalah dan sekiranya dakwaan terbabit benar.

Dimaklumkan ketika proses pengiraan undi berlaku di dalam tiga bilik hotel bajet, pintu lambat dibuka dan pada masa yang berlaku ‘blackout’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana