Linda Rafar Masih Tertanya-Tanya Penyakit Anak

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Linda Rafar masih tidak mengetahui penyakit sebenar anak keduanya iaitu Rezaiman Keiflin yang kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dekat sini sejak tiga minggu lalu.

Linda yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia masih menunggu laporan daripada pihak hospital selepas melakukan pelbagai ujian bagi mengetahui punca sebenar keadaan Rezaiman, yang berusia 12 tahun.

"Saya sebagai ibu sendiri tertanya-tanya apakah punca sebenar keadaannya? Setakat ini saya tidak boleh berkongsi maklumat mengenai keadaan anak saya kerana doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mencari punca penyakitnya itu.

"Dia kini masih ditahan di hospital dan saya berharap dia akan kembali sihat seperti sedia kala," katanya.

Linda diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan anaknya itu menghidapi penyakit kronik dan sukar diubati.

Rezaiman Keiflin adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan Keifli Othman.Dalam pada itu, Linda berkata, pada mulanya dia sukar menerima keadaan yang menimpa anaknya itu namun menganggap ia adalah ketentuan Allah dan dia harus tabah mengharungi situasi yang melanda.

Jelas Linda lagi, semangat anak lelakinya melawan penyakit  turut menjadi kekuatan kepadanya dan keluarga dan dia berharap agar anaknya cepat sembuh.

"Sukar menerima keadaan yang dialami Rezaiman dan sudah kering air mata mengenangkan anak yang terlantar di hospital namun ini adalah ujian daripada Allah yang harus saya terima dengan redha."Ujian ini memberi kekuatan kepada saya dan keluarga namun bersyukur Rezaiman sendiri kuat menghadapi dugaan tersebut," katanya.
Tambah Linda, biarpun masih ditahan di hospital namun Rezaiman tetap mengulang kaji pelajarannya di kelas khas yang disediakan PPUKM memandangkan tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sementara itu, Linda yang kini sudah berhijab melahirkan rasa syukur diberi kesempatan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikkan dalam hidupnya dan selesa dengan penampilannya itu.

Jelas Linda perubahan itu sudah lama dilakukan cuma tidak dihebahkan secara umum kerana enggan niatnya disalah erti oleh sesetengah pihak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana