Belon Udara Panas Mendarat Cemas

PUTRAJAYA: Sebiji belon udara panas melakukan pendaratan kecemasan berikutan satu kemalangan kecil yang berlaku di tapak pelancarannya di Presint 2 di sini Ahad.

Dalam kenyataannya, AKA Balloon Sdn Bhd, penganjur Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa ke-6, berkata belon dari Korea itu, yang dikendalikan Steve Kim, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan untuk memadam satu kebakaran kecil yang berlaku apabila ia tersangkut pada sebatang pokok pada pukul 7.45 pagi Ahad.

"Kebakaran itu dapat dipadamkan dalam masa seminit. Tiada kecederaan berlaku kerana belon berkenaan tidak membawa penumpang, selain krunya," kata kenyataan itu.

AKA Balloon Sdn Bhd berkata semua langkah diambil untuk menjamin keselamatan belonnya seperti yang disyaratkan pihak berkuasa kawal selia, Jabatan Penerbangan Awam dan Perbadanan Putrajaya.

"Ini akan terus menjadi amalan kami dalam acara pada masa akan datang," katanya.

Pesta itu disertai 18 belon udara panas dari seluruh dunia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana