Anwar Patut Henti Guna 'Mahkamah Rakyat'...meraih simpati Lah Kononnya

BATU PAHAT 29 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta berhenti menjadikan pentas politik sebagai mahkamah rakyat untuk mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perbuatan tidak matang itu hanya menggambarkan Anwar seolah-olah orang yang tidak boleh menerima hakikat dan cuba menagih simpati rakyat.

Menurutnya, perhimpunan Reformasi 2.0 yang sedang digerakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya menyusahkan rakyat.

"Kalau boleh beliau mahu siri perhimpunan seumpama itu diadakan sepanjang masa dengan harapan negara akan berdepan konflik kerana beliau tahu cara itu sahaja kerajaan mampu dijatuhkan.

"Ini kerana mereka tidak mampu menggunakan cara yang betul semasa Pilihan Raya Umum (PRU)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ceramah Reformasi 2.0 yang diadakan di Parit Raja dekat sini malam tadi.

Dalam ceramah kira-kira 30 minit itu, Anwar menggunakan sepenuhnya pentas untuk menghentam badan kehakiman yang didakwa mengikut nasihat bomoh ketika mahu menjatuhkan hukuman terhadapnya 7 Mac lalu.

Anwar turut menjadikan isu pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai modal ucapan biarpun pada awalnya menyatakan pembangkang turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Tambah Mohd. Puad, Anwar tidak perlu berdolak-dalik dalam kes dihadapinya dengan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan jika mendakwa badan kehakiman negara tidak telus.

"Mengapa perlu pertikai keputusan hakim dan selepas itu membuat rayuan serta menjadikan pentas politik sebagai mahkamah, pada saya ini hanya disebabkan oleh agenda peribadi dalam dirinya.

"Saya juga yakin gerakan yang dilancarkannya itu akan gagal kerana ia tidak sama seperti reformasi pada 1998 kerana waktu itu ramai masih keliru dan tidak mengetahui hal sebenar mengenai Anwar," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana